Click for supporting the blog, thanks..


Saturday, March 26, 2011

kejam & bodoh

Sedih aku tgk dunia kita sekarang, kejahatan berlaku di mana2. Susah nak faham kenapa perlu berbuat jahat demi kelangsungan sebuah kehidupan. Lagi susah utk mmberitahu pada pemikir sempit supaya percaya yg masih byk ruang kosong di kepala otak batu jemala yang hanya 10% digunakan dlm kehidupan seharian. Mungkin sama susahnya untuk mengajar kembali ibu ketam yg mengajar anaknya shuffle berjalan lurus atau mengajar orang yang pandainya tak boleh diikut, bodohnya maksimum tak mampu diajar. Maka di akhirnya, demi tidak mahu menyesakkan kepala, biarlah kau dengan dunia kau, aku dgn dunia aku.

Hari2 baca surat khabar mesti ade kes jenayah. Kadang2 tu jadi berita utama kt page dpn, terus sensasi satu negara. Statistik polis kata kadar jenayah (sila faham, KADAR) selalu menurun tp sukar utk percaya bila hari2 itu yg dilaporkn utk santapan kita. Dari cerita peragut yg dayus & hina, smpailah ke cerita negara2 sombong sibuk "membantu" negara dunia ke-3 walaupun x pernah diminta untuk membantu. Sengaja aku mengambil contoh jenayah besar yg selalu dimomokkan kepada kita sebagai usaha mendemokrasikan sesebuah negara. Tapi tak perlulah cerita panjang pasal si bodoh yang x boleh diajar itu, konon hebat sangat sampai dialah polis dunia

Profesion baru stok baik punya, meragut kini menjadi kerjaya. Tak cukup dgn pencuri & penyamun, bertambah pula ahli keluarga si penyangak durjana. Si bodoh x mengira mangsa, dari anak kecil yg x fhm apa2 smpailah ke ibu tua yg tidak berdaya. Pantang melihat mangsa di bahu jalan, diragutnya mereka tanpa rela. Sedang apa yg diambil belum tentu berharga, mangsa yang diragut telah pasti derita hingga ada yg hilang nyawa. Nak ku katakan sial, kasihan pd ibunya yg melahirkan namun perkataan bodoh tidak mampu menggambarkan betapa dungunya tindakan yang dilakukan. Inilah si dayus yang sebenarnya, malas berusaha mengambil jalan mudah sahaja, mereka yang lemah dijadikan mangsa, tak payah cerita pahala dosa laa, kalau dh memang dasar penyangak durjana. Kerna itu aku gembira bila membaca di dalam berita, kisah malang si peragut durjana, matinya terjerumus ke longkang dilanggar si mangsa. Moga2 yg lain juga akan menyusul sedemikian rupa hendaknya.

Dari sebuah kebodohan inilah berlakunya kekejaman. Angkara duit ntah berapa sen dlm beg sandang yg diragut, ada yg sampai hilang nyawa terbabas dari motosikal yg hilang kawalan. Yang lagi bangsatnya, dh le diragut, motosikal mangsa tu ditendang biar terbabas. Rasanya x salah kalau aku doa si bodoh ni mati dirempuh bas atau lori sekalipun. Kalu berlaku depan mata aku, mmg aku org 1st yg dtg tolong si bodoh ni,  tolong ucapkan tahniah cukuplaa... Marah betul nmpaknye nada aku arini. Alhamdulillah memang le belum pernah terjadi pada aku & keluarga, dah takkan nak tunggu terhantuk baru nk bersuara? Biar aku sebarkan kemarahan ini, biar kalau boleh aku nk semua org kongsi sentimen yang sama. Kalau si baghal ini malas berfikir & berkira2, bukan mendabik dada tapi biarlah aku yg mengajarnya.

Bila ditahan & lepas kena belasah, 1001 alasan diberi bila jenayah tidak menjadi. Hidup susah, takde pekerjaan, dah 3 hari x makan, anak ramai, bapak sakit, otak terencat, perangai cam khinzir dan mcm2 lagi alasan diberi bila tertangkap. Tu belum cerita lagi si doktor yg xde modal nk dpt ubat utk diri sndiri. Yg ni mmg patut dilanggar keretapi terus dari dulu lagi. Kang kalau aku maki buta2 je, katenye aku tak bagi penyelesaian. Orang lain pun ada masalah masing2, boleh je ikhtiar guna jalan yang betul. hidup ni kenala fikir panjang, jangan buat kerja asal boleh je. Tak payah le berangan idup mcm org kaye kalau ikhtiar pn x seberapa. Nak citer soal dosa & pahala pn lecehla dgn org mcm ni, sembahyang pn ntah ye ntah tidak. 

Orang kata nk perang keganasan jgn dgn keganasan. Kerajaan siap syorkn lg kalo org nk meragut, bagi je jgn dilawan sbb nyawa tu lg penting. Aku dh mula ade rase cam berbelah bagi tentang sapa yg paling bodoh dlm hal ni. Kalo dh siap turun mintak izin sume tu bukan meragut namanya, tu sama je mcm pencuri kt bank, yg meragut ni sbb nk merampas secara mengejut so that mangsa tak boleh nk buat apa2. Habis xkn nk suruh makcik2 yg tgh brjalan tu supaya bersedia sentiasa utk diragut? Kalo camtu serupa gk jadikn peragut tu kerjaya sepenuh masa, declare annual income siap kena income tax lg, bodoh betul laa... then x perlula bg warning AWAS PERAGUT tp tulis je SILA BEKERJASAMA UNTUK DIRAGUT.

Berurusan dgn orang yg berakal bolehlah gunakan diplomasi tapi kalau berakal kenapa buat kerja meragut,kan?.. sama ada mmg tak berakal atau terlalu berharga batu jemala tu untuk digunakan, orang2 mcm ni kena terima padah baru dia faham. Kalau kita memilih untuk mengalah, tak lame lagi memang jadi kerjaya profesional la si bodoh ni semua. Kita yang hidup ni semua akan mati so biarlah mati demi mempertahankan sesuatu yang benar. Biarlah berjuang & berkorban untuk masa depan yg lebih baik bagi generasi seterusnya. Kalau tak pun dikenang dunia, kita sendiri tahu yg pengorbanan itu ada manfaatnya. 

Aku suka kalau tiap2 hari baca berita kes peragut gagal yg mati kemalangan atau lunyai kena pukul. Letak berita depan pn lagi afdhal rasenye. Walaupun si bodoh tu x mungkin bace berita, tp benda yg jd buah mulut org ni cepat je tersebar. At least mase nk meragut nanti kang terngiang2 cerita malang yg dia dengar tu mungkin le terbantut hasrat tu. Untuk yg hati kering & nk meragut kejap lagi, aku doa yg terbaik utk kalian. Mudah2an ade yg terselit bawah bas kilang or lori tanker dlm misi seterusnya, amin... 


Monday, March 21, 2011

Sayonara...

Isnin lepas adelah hari terakhir secara rasminya projek yg aku tgh run ni belayar ke india. Maka secara rasminya kerja2 membanting tulang juga hampir ke penghujungnya. Bukanlah bermaksud yg lps ni buleh main game full time, tp maknenye the big part dh almost complete laa. Tinggal ade sket je lg portion utk diselesaikan di tgh2 laut yg secara rasminya aku xkn terlibat kerana telah mendapat perintah larangan dari tuan doktor. So, dipersilakanlah teman2 yg akan ke laut utk menyiapkan baki2 kerja yang masih tinggal itu ye, aku mendoakan kalian dari jauh sahaja.


Secara keseluruhan penglibatan aku dlm projek ni adelah satu pengalaman baru yg menambah lg pengetahuan aku tentang dunia. 1st time keje dgn client dari India, dpt involve dlm engineering stage kt bangalore, schedule completion yg sgt padat, the whole construction stage almost 5 bulan jek.. mmg sgt memenatkan. Dgn sabtu ahad dok balun keje amal tiap2 minggu, lps ni aku cuma nk manfaatkn hari2 hujung minggu aku dgn sebaiknya. Well, at least utk 2-3 bulan sblm kembali involve dlm projek baru yg aku tahu pasti membawa cabaran yg berbeza. Oh ye, aku pernah menulis tentang penglibatan aku dlm projek ni hampir setahun yg lalu (sila klik sini) dan kini aku boleh bersyukur kerana dapat melepasi satu lagi rintangan dlm hidup ini.

Inilah projek paling padat pernah aku buat tp seriously ckp kalo sume2 bg extra effort lg buleh siap lebih awal dari ni. Kdg2 rase berbulu gk sbb ade few people yg involve dlm projek ni but not putting their 100% into it. Not saying that you have to put your work in front of your family bcoz family always come 1st, tapi obvious sgt masing2 keje lps tangan. C'mon la, kalo x nk bertanggungjawab, jgn sibuk mintak gaji riban2.. Well, projek pn dh belayar, cerita pun dh hampir ke penghujungnya. Harap pengalaman kali ini akan banyak mmbantu aku utk berhadapan dgn sesuatu yg lebih mencabar di masa hadapan.

Wednesday, March 16, 2011

Tuhan itu kejam...kah?... sebuah jawapan

Well, seperti yg aku dh janjikan.. ini adalah jawapan aku utk persoalan dari aku sendiri semalam. Sebenarnya jawapan ni bukanlah khusus utk pengisian semalam tapi boleh digunakan utk masa2 kita rasa sedih & kecewa dgn kehidupan sendiri. Ade banyak faktor kenapa aku rase perlu menulis benda ni terutamanya dengan gejala yg bukan2 makin banyak berlaku dlm hidup kita seharian. Orang suka2 lari dari masalah dgn menyalahkn org lain, brpura2 tiada masalah & ade gk yg memilih utk menamatkn riwayat supaya masalah turut pergi bersama nyawanya. Sekadar berkongsi pengetahuan sambil mengingatkan diri sendiri jugak yg kdg2 buleh hilang pertimbangan bila dihunjam dengan mcm2 masalah, terimalah suatu idea pemikiran yang indah...

Pernah dengar or tahu tentang sesuatu yg disebut sebagai berfikir secara hikmah? Bagi yg dh tahu & faham, nk berenti baca kt sini pn buleh tp kalo nk teruskn perkongsian idea ni pn amatlah dialu-alukan. Aku adelah seorang yg sgt logic. Untuk setiap kejadian aku percaya ade logik yg kita perlu faham kenapa & bagaimana sesuatu itu berlaku. Tapi dunia ni tak dicipta 100% dari logik akal manusia, jadi bila bertemu dgn benda2 yg tak masuk logik akal, aku terima seadanya itu sebagai takdir yg ada hikmahnya. Namun hati aku tetap meronta2 utk mencari logik di sebalik apa yg berlaku. Persepsi aku berubah bila aku mula utk belajar berfikir secara hikmah. Kita refer pada kes semalam utk memudahkn contoh yg aku cuba tunjukkan ini ye.

Tuhan melahirkan kau dengan pemikiran yg berbeza dari manusia biasa. Didatangkan pada kau perasaan halus yg menyayangi kaum sejenis namun dalam masa yang sama Dia jelas telah melarang utk kau berbuat demikian. Logik pemikiran akn mengatakan yg itu adalah salah. Kau tidak minta dilahirkan begitu, jadi kau marahkan Dia utk sesuatu yg kau x boleh terima & kau mmberontak. Kau bertindak mengikut nafsu & meletakkan Dia jauh dr lembaran hidup. Masyarakat mengeji perlakuan kau dan memandang hina. Kau marah2 pada mereka kerna tidak cuba memahami diri kau yang sebenarnya. Kau terus menyalahkn Dia yg telah melahirkan kau sebegitu rupa. Terasa lapang agaknya di dada kerna ada sesuatu yg dpt dijadikan sasaran untuk dipersalahkan atas apa jua pilihan langkah yg kau ambil. Aku x tau ape kesudahan cerita dari jalan yang kau pilih ini namun bukan itu soalan yg utama tetapi adakah kau benar2 bahagia?

Pemikiran secara hikmah mengajar kau utk menimbang segala-galanya. Bererti utk setiap kejadian yang berlaku, lihat dari semua sudut yg ada. Bila kebaikan yg kau perolehi, kau boleh meraikannya tp jangan keterlaluan.. ia mungkin nikmat sementara, ia mungkin ujian semata. Kalau pun benar ia ganjaran dariNya, tidak perlu utk kau mendabik dada. Begitu juga utk sesuatu yg kurang elok berlaku, pemikiran hikmah mengajar kita utk menerima itu seadanya. Ia mungkin ujian cuma, mungkin kerana ada yg x kena atau mungkin juga demi kebaikan orang lain pula. Dengan melihat dari pelbagai sudut seperti ini, ia menjadikan kau lebih redha & menerima setiap apa yg berlaku secara lebih terbuka.

Dalam contoh kes semalam, sebab kenapa dilahirkan begitu mungkin ada pelbagai cerita. Aku x tau ape yg kau rasa tp berfikir secara hikmah, aku rasa kau perlu bersyukur pada Dia. Orang biasa2 tidak seperti kau, rintangannya berbeza dlm usaha utk beribadah kepadaNya. Tapi bagi kau yg diuji sebegitu rupa, utk kau kekal taat padaNya & menahan nafsu yg menggila, bukankah itu pahala yg berganda2?.. Syaitan itu tak pernah berhenti dari menghasut, dan dia tetap tak berhenti walau kau dh jauh mengikut. Kerna selagi belum nafas terakhir yg kau hembus, dia tahu yg kau tetap punya peluang utk bertaubat. Sangat difahami bukanlah mudah utk mengubah sesuatu yg telah sedia menjadi tabi'i tapi tidak pun aku berkata ia semudah memetik jari. Khalayak yg mengeji (termasuk le aku sekali, astaghfirullahalazim..) jgn le kau peduli. Di akhirat sana kaulah yg perlu dia cari (padan muka aku2 skali..).

Selalu kita mendengar org berkata bila kita tak dapat apa yg kita hendak, sebenarnya Dia ade perancangan yg lebih baik utk kita. Jadi, samelah jugak dlm hal ini. Dilahirkan sebegitu kerna itu adelah yg terbaik utk engkau. Kau pasti ke andai lahir bersifat seperti lelaki yg kau kira sempurna, kau akan kekal beribadah kepadanya? Mungkin dilahirkan kau begitu agar sifat rendah diri itu tidak membuat kau angkuh & mendabik dada lalu terlupa beribadah kepadaNya. Mungkin dengan perbezaan yang kau ada, kau mampu lebih menghormati & menghargai kaum hawa jauh lebih baik dari kami si gagah perkasa. Atau mungkin dari cara kau berfikir yg berbeza itu untuk sesuatu yg lebih besar, mungkin untuk keamanan dunia sejagat. Tapi bila kau pilih utk diluahkn pada jalan yg salah, kau terpaksa memencil diri kerana takut dicaci, hidup dalam bayang2 sendiri, curiga pada pandangan skeptik masyarakat, seronok ke?

Untuk menjawab persoalan kejamkah Dia menjadikan kau sebegitu, terpulanglah pd sudut mana kau menilai.  Setiap kejadian itu ada kebaikannya. Tapi kalau kau terlalu melihat pd kekurangan, kadang kau lupa apa kelebihan dirimu. Tidak ada seorang pn dari kita ni yg sempurna sebenarnya. Ada yg zahir sempurna namun kurang batinnya. Begitu juga ada yg sempurna akalnya namun tidak pada nafsunya. Kita memang dijadikan berbeza namun matlamat kita seharusnya sama. Tapi perlu diingat yg matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sesuatu yg telah dijelaskan haram oleh hukum, maka haramlah ia. Jangan kerna tidak dapat menerima, kita menjatuhkn hukum sendiri yg jelas berbeza. 

Aku x pasti setakat ni kalian sudah jelas atau tidak apa yg dipanggil berfikir secara hikmah itu namun andai perlu penjelasan lanjut, carilah guru yg lebih faham. Cumanya kau patut faham realiti hidup kita di dunia ini sbg hamba, semua yang kita perolehi adalah secara pinjaman. Zaman dolu2 mase adenye perhambaan sesama manusia, tengoklah macam mana kejamnya manusia yg merasakan dirinya sebagai tuan. Bagaimana hamba itu disiksa bila ada yang tak kena. Kadang tak buat apa2 pn ttp menjadi mangsa. Sedangkan kita ni sebagai hamba Allah, selalu mengingkari arahannya. Kadang2 ade yang berani mencabar kuasaNya dan berpaling dari sujud menyembahNya, namun kita ttp x putus dari nikmatNya. 

Kalo tidak masakan kita masih dibenarkan bernafas dari udaraNya, makan dari hasil bumiNya, minum dari air yang mengalir dengan kuasaNya, semua ini masih dipinjamkan utk kita walau telah 1001 dosa. Dengan penuh kasih sayang, Dia tetap menanti kita untuk kembali taat perintahNya tanpa terus menjatuhkan hukum. Kadangkala didatangkan kesakitan atau kesedihan, ia sebagai kifarah penghapus dosa & kerna dia tak mahu kita lalai dari mengingatiNya. Kita selalu diajar utk fikir positif bagi setiap keadaan tapi kadangkala susah utk kekal positif bila logik akal mengatakan ia mustahil utk berlaku. Dengan berfikir secara hikmah, insyaAllah kita akan lebih positif kerana dari setiap apa yg berlaku itu kita menerima ia dengan minda yg lebih terbuka, menerima adenye sudut2 yg tidak terjangkau oleh logik akal & akhirnya menerima hakikat sebenar kehidupan seorang hamba. Fikir-fikirkanlah teman...

Monday, March 14, 2011

Tuhan itu kejam...kah?

Hari tu ade sekali tgh boring2 kt umah aku lyn citer yg agak menjadi kegilaan masa kini kt tv starworld, citer GLEE tu le.. Kan ade sorang mamat dlm citer tu yg gay & dlm episod tu, bapak dia sakit & dimasukkn ke dalam hospital. Then, bile kwn2 ajak utk berdoa pd tuhan memohon supaya bapak dia cepat pulih, dia ckp je yg dia x perlukn doa2 tu sume sbb dia x percaya pn pada kewujudan tuhan. Antara yg dia cakap termasuklah mempersoalkn kalau tuhan tu adil kenapa dia dilahirkn berperasaan sbg gay dan dikeji masyarakat. Senang ckp dia rase cam tuhan yg cipta dia mcm tu adelah kejam & tak layak utk dia hormati. Fuiyoo, hebat kan pemikiran diorg neh.. aku x tgk smpai abes pn citer tu & tak tau ape kesudahannya, tp bukan kesudahan cerita tu yg aku nk kongsi kt cni pn so whateva la ending dia pn...

Skang ni isu homoseksual ni dh jd cam perkara biase dlm dunia & kita di malaysia pn turut merasa tempiasnya. Baru2 ni ade plak kuar video pengakuan seorg gay yg berakhir dgn "i'm gay & i'm fine".. salah satu kempen yg didalangi barat utk meminta kita menerima budaya hidup mereka yg bertamadun la katenye. Paling x bley blah, yg mengaku gay tu adelah seorang engineer (dem!..), aku rase cam nk hempuk je kepala dia dgn pipe stainless steel 316L 2" (buat malu golongan engineer je woi..). Aku tak kesah kalo cam omputeh citer GLEE tu yg sah2 kafir, ko nk jadi gay ke, nk bercinta dgn tunggul ke, menghalalkn sumbang mahram ke, dah memang paksi pemikiran diorg tu ke arah kesesatan, diluar kuasa aku la nk menongkah arus. 

Yang aku sedih tu, sedara2 seagama aku yg dlm ic pn jelas2 tulis islam, tau ape itu halal & haram, berani menongkah arus demi utk menuntut hak dihormati walau mempunyai selera seks yg berbeza dari kenormalan. Tu blm lg citer kt afrika selatan ade imam gay yg disanjung masyarakat bebal kt sane, katenye tidak nampak ape2 yg menghalang tabiat kelaminnya dari dia terus mengikuti ajaran islam, astaghfirullahal'azim.. aku x pasti la yg ni didalangi pihak2 tertentu atau satu lagi kes bodoh x boleh diajar, ape pn puncanya kau adelah bangang yg abadi bagi aku. Mungkin inilah jadinya bila Islam itu diamalkan mengikut acuan masing2. Mane2 yg dirasakan tidak sesuai dgn diri atau menyusahkn, perkara2 itu diabaikan dan pura2 tidak dilihat. 

Maaf didahulukan andai ade di kalangan yg membaca blog aku ini adelah penyokong idea songsang ini. Kalau boleh biarlah same2 membuka minda & menerima apa yg aku cuba perkatakan. Islam itu mudah & memudahkan. Frasa ini sendiri boleh diterjemah mengikut tahap pemikiran masing2 hatta tidak hairanlah jika ada yg menyokong kesongsangan seksual ini kerana prinsip seperti yg tersebut. Mungkin aku tak memahami secara keseluruhan naluri mereka yg menyintai kaum sejenis ini tapi adekah perlu tunggu aku untuk memahami & menerima mereka seadanya baru aku boleh berbicara tentang hal ini? Seadanya aku terima mereka diberikan Allah rase yg tidak aku rase namun sekali2 tidak akan aku halalkn perlakuan mereka  dari sesuatu yg telah diharamkan olehNya.

Secara peribadi, aku tak kenal sape2 pn di kalangan teman2 aku yg berselera songsang. Kalau ade yg nk berkawan & bercerita pd aku, mmg aku alu2 kan. Bukan untuk tujuan apa, supaya aku lebih memahami & mungkin ade sesuatu yg boleh aku lakukan bagi memperbetulkan mana2 yg silap. Bukan silap dari pandangan manusia tapi sesuatu yang dikatakan salah oleh Dia yg maha berkuasa. Kenapa aku sibuk2 nk kesah pasal kesongsangan ini? Takdela sibuk2 sgt pn, tp kalau apa yg aku kongsikan ini boleh melambatkan lagi datangnya bala akhir zaman, bukankah itu sesuatu yg baik. Tajuk entry aku agak keras bukanlah bermaksud aku turut mempersoalkn kejadian tuhan, sekadar kebetulan bila melihat cerita itu dan itu katanya, maka aku bentangkan secara terbuka.

Aku punya jawapan aku sendiri untuk tajuk entry aku kali ini namun andai dihuraikan di sini, ia akan menjadi berjela pula. InsyaAllah andai dipanjangkan umur, dikurniakan kelapangan masa & tidak ditarik kembali nikmat akal utk berfikir ini, aku akan menulis jawapan kepada soalan aku sendiri. Buat masa ini, sama-samalah kita renungkan diri masing2 atas segala yg terjadi kepada kita dan memikirkan tentang nikmat Allah yg telah diberikan kepada kita selama ini. Udara, tanaman, matahari, perasaan, air, haiwan ternakan, keluarga, teman2, cinta dan banyak lagi serta nikmat2 yg selalu dilihat sebagai negatif seperti penyakit, kemalangan, ujian, musuh & sebagainya. Sebenarnya islam telah lama mengajar tentang pemikiran positif namun kita jarang melihat melalui perspektif seperti yg disuruh & lebih selesa melihat dr apa yg kita ingin sahaja. Sampai ketemu di edisi seterusnya.

Friday, March 11, 2011

It's Friday... again

Jumaat kembali lagi seperti minggu2 yg sudah. Semacam ade satu simptom pelik bila jumaat je perasaan gembira menunggu hari esok tu berlainan dari hari2 lain, jauh bezanya dengan perasaan menunggu isnin pd hari ahad. Nak kate sbb esok cuti pn rasenye selama ni sabtu ahad aku bantai keje jek kecuali kalau ade plan2 menarik yg memboleh batalkan agenda boss suruh masuk keje tuh. Mungkin gk sbb walaupun keje weekend, tp aku tau tu adelah atas dasar ikhsan aku je nk dtg keje & mase yg digunakan adelah waktu personal aku. 

So, suka hati le nk masuk kul baper, balik kul baper, nk pegi mane lps blk keje, tgh2 waktu keje nk mengular ke mana pn, ape ko kesah. Sebabnye aku x dibayar sesen pn lebih bile keje pd hujung minggu & kurang tekanan dr mereka2 yg mengatakan "aku bayar mase ko kt cni utk wat keje". Aku dtg keje atas dasar komitmen & utk kurangkn beban keje yg kena tanggung pd hari2 biase, mungkin gk utk ganti blk time2 biase yg aku guna bkn utk agenda keje, hehehe!

Jumaat adelah penghulu segala hari. Ade jugak yg mengisytiharkn sebagai hari raya mingguan. Tapi ttp ade gk yg menganggap hari jumaat sbg waktu extra tido lunch time (sbb hari ni dpt rehat 2jam), dan untuk muslimin yg begini, aku mohon kalian diberi hidayah, amin.. Personally, aku suka jumaat utk byk sbb. Untuk berjemaah menunaikn solat jumaat, alhamdulillah penuh masjid taman aku.. x sia2 buat siap 2 tingkat lg. Then, jumaat adelah the only day aku blk umah utk lunch tghari & selalu2 mak aku mmg masak sedap hari jumaat neh. Pahala sunat jumaat tu kdg2 aku x trkejor pn sbb sibuk sgt keje dr pg, blk umah pn ngam2 utk siap2 nk pegi masjid daa... Aku gk suke jumaat sbb esok adelah weekend x kirela aku keje ke cuti pd minggu trsbut. Kalo keje pn xdela sesibuk weekdays so smbil2 keje tu buleh la plan agenda movie or bowling dgn dak2 neh. Ape lg sbb aku suke jumaat eh! hmm... 

Neway, rasenye aku x bersendirian dengan sentimen ni kan? Mungkin ramai yg sependapat dengan aku tp pd kadar kesukaan yg berbeza aa. Tak dinafikan ade gk yg merasakan tiap2 hari sama saje, cumanya teori aku org yg rase tiap hari same je ni mesti seorang yg boring, huhu! Kalo korang selalu kata hidup ni ibarat roda, inilah contoh terbaik roda tu. Kita ade kitar yg menjadi rutin tiap2 minggu, isnin-selasa-rabu-khamis-jumaat-sabtu-ahad... isnin balik.. org ckp hidup ibarat roda, kejap kt atas kejap kt bawah tp tak bagi aku. Sape yg buleh pasti lps duduk kt atas dia akan jatuh ke bawah?.. And sape yg dh jatuh kt bawah betul2 pasti kjap lg dia akan berada kt atas semula?.. eh, citer psl hidup ibarat roda ni buleh jd entry lain aa, nnti aku buat lg detail, huhuhu!.. in the meantime, just want to enjoy my friday like my previous friday and the friday before the previous friday and the friday before that.. and before.. and before.. and before..

Selamat Hari Jumaat & Marilah bersolat jumaat (bagi yg wajib...)

Wednesday, March 9, 2011

Sigh!....

It's been long since the last time i wrote something in full English. I used to play with all beautiful phrases & words during those days where writing give me happiness. Not in the sense of i'm writing happy ending love story, it's just playing with all those beauty gave me such a pleasant feeling inside. Now it's not the case anymore. I only use English to communicate for official business that surely don't give me such room for playing with bombastic words, beautiful phrases & all the metaphoric.

Facing all the madness & craziness in this world, i need an escapism. Not to deny any truth, it's just the way i do to focus my mind on something else beside saving the world. Since love hunting is not in my priority list, i do believe that i lost the enthusiasm to explore the art side of me. Not saying that i'm surrendering my love life, just kind of taking a break after tired of chasing something that i should have known wasn't made to be mine.

Anyway, i'm hoping that i can get all the passion of writing again without the inspiration of something that i can't control. But since i'm a perfect human (imperfect is the perfection of a human), i can only wish & hope. Nevertheless, with all i have i'll give my best shot to ensure i can get as close as what i'm hoping & wishing for. To all my friend who read my blog, thank you for your support. I'm not promising you great story in each of my entry, but solely it will come from the deepest of my heart. Juzz hanging on there, okay... HURRA!!!...

Monday, March 7, 2011

2010 in memories

huhu! agak terlambat utk aku buat recap citer2 berlaku sekitar 2010 namun rasenye masih dibolehkan lagi (blog aku, ikut suka & mase aku le nk tulis.. :p) kerana baru hanya kini aku punya masa utk menulis. Itupun sekadar mencuri sedikit dari kelapangan sempena ketibaan tahun baru cina (dh masuk sebulan taun 2011 la tu maknenye..). Anyway, sekadar berkongsi warna2 baru yg menambahkn warna2 sedia ada atas hamparan kehidupan yg dh x brape nk putih (tapi masih blm lusuh ye...) dan harapnya ade pengajaran yg mampu dimanfaatkan dari cerita hidup seorang aku yang tidak seberapa. Cuma harap maklum, mood agak lentoq utk cerita tahun lalu kerana ia datang tanpa aku pinta & pergi tanpa aku rela. Ade sebahagian yg pernah aku nukilkan dalam blog (click pd title utk link pd entry trsebut)

Selepas lebih 5 tahun x jejak kaki ke SMKAJB ( mase Lone nk spm rasenye last aku pegi..), akhirnya aku kembali ke tmpt yg telah mmbentuk siapa aku hari ini. Masih segar setiap inci ruang2 yg ade & kenangan suka duka yg pernah trpalit dlm lembaran hidup sewaktu brgelar pelajar di sane. Dah banyak yg berubah, namun asasnya tetap sama. Pokok2 yg aku & kwn2 tanam skang dh beso, jauh beza dr anak pokok yg aku pegang satu masa dahulu. Itu buat aku semakin faham yg hidup kita ni berkesinambungan. Untuk apa yg aku dapat hari ini, aku berterima kasih kpd mereka yg merintis laluan. Untuk apa yg aku usahakan hari ini, aku harap ia bermanfaat utk generasi seterusnya, insyaAllah..


Alhamdulillah dgn kewujudan fesbuk yg byk menemukan rakan2 yg sekian lama trpisah, akhirnya satu inisiatif diadakan utk mengadakan official gathering utk kitorg sume2 batch pioneer smkajb. sblm ni kalo jumpe pn kt majlis kawen mmber2 la, tu pn kalo kebetulan terserempak mase kt umah pengantin. Ramai gk yg muka2 aku last jumpe mase amik result SPM, jumpe sekali lagi dh lain betul rasenye. Enjoy gila, xtvt penuh dgn gelak ketawa smbil ungkit2 kisah lama, terasa mcm kembali ke zaman itu di mana kita semua berusaha utk matlamat yg sama. Pertemuan ini juga mengingatkn aku yg betapa selepas 12 tahun tamat zaman persekolahan, kenangan itu seperti baru sahaja berlalu.. cepat sungguh masa berjalan..


  • Mr Pumpkin upgrade status, again?..
This year also, my best friend sudah upgrade satu lagi level sbb suda jadi daddy. Sekitar bulan Mac kalo x silap aku, his lovely wife telah selamat melahirkan seorang superhero & diberi nama.. alamak, aku lupe.. Muhamad Nur Arif Darwish kalo x silap aku. Aiseyman, ni sudah jauh gua trtinggal.. tahun ni kena keje keras lg aa nmpaknye..



  • go to singapore
Dah terlanjur aku buat passport utk g qatar yg tak kesampaian tu, bile lg nk test kan.. so, ade mase cam lapang sket tu aku pn halo2 bro mobarr ajak beliau pegi jln2 kt singapore. Tu la dia, name je pn org joho, tp x pnah lg jejak kaki ke bumi temasik. Quite a new experience gk le, walaupun berjiran tp culture ade sedikit berbeza. Walaupun x jelajah seluruhnya, at least xdela mcm rusa masuk kampung bile next time aku dtg cni. Check out gambo2 yg smpat diambil dgn click sini. Rasenye aku xde blogging pasal citer aku g singapore neh sbb lps tu schedule aku agak penuh plus stand by utk pegi ke india. Oh ye, travel to bangalore is next...


Pertama kali utk byk perkara berlaku di sini. Pertama kali naik kapal terbang, dh le sorang2 dr senai smpai ke india, seb baik gk ilmu yakin aku menjadi sebaik2nya. Pertama kali jejak bumi india, pertama kali naik oto , pertama kali pegang kain sari, byk la yg pertama kali. Orang kate x kenal maka x cinta, mungkin itu la ungkapan yg sesuai dgn pengalaman aku kt sini. India bukanlah tempat yg menyelesakan namun ade rase yg trtinggal bila aku melangkah pulang ke tanah air selepas hampir 2 bulan di sana. 



  • world cup
Of course la ni agenda plg utama bg ramai org dlm tahun ni. 4 tahun sekali berebut nk tgk sape raje bola dunia. Personally, aku nk rasai kepuasan tgk world cup secara HD dlm skrin 42" yg br je smpai rumah mase tu. Terlepas beberapa game awal sbb ade urusan di perak mase tu, agak puas hati jugak le world cup kali ni dgn beberapa result unsangkarable yg buatkn kaki2 judi rase cam nk lempang muke sendiri. Aku rase cam xde faveret team aa taun neh sbb tanah tumpahnya darahku x layak, team penjajah tanah melayu pn aku  x sokong sgt tp aku suke tgk a few player yg aku x pnah knal pn sblm neh cam mesut ozil, keisuke honda, luis suarez & a few yg mmg dh trkenal cam messi, sneijder, xavi dll. Apepun tahniah utk Spain yg menang world cup utk 1st time& menambah kpd Kejuaraan Eropah yg baru dimenangi pd 2008. 


  • EOCM

Lepas dh lebih setahun aku pakai exora, br le ade mmber ajak utk join club. Officially aku join rasenye dlm bln 8 & join 1st TT utk buka puase kt umah Lordnix di BDO (Bandar Dato Onn). Lepas tu byk gk xtvt EOCM southern region yg aku join especially yg x perlu jauh2. Nk bg komitmen utk semua program x trlarat rasenye sbb mmg byk sungguh xtvt yg dibuat. Hampir setiap minggu ade je program x kirela kecik ke beso. Most of them brkeluarga or at least pn dh beristeri. Aku je yg masih meranggi solo tp kire selambe je aa, janji kepala sempoi.



Rasenye ni adelah kemuncak utk peristiwa2 2010 bg most of kaki bola malaysia termasuk aku. Dr mula2 dianjurkan as Tiger Cup, inilah barisan yg berhasil mmbawa pulang piala ke tanah air. Bg rakyat malaysia yg sokong spain dlm world cup, aku x tau le mane yg ko rase lg brbaloi tp kalo ko tau malu, xkn le nk menempel tumpang kt negara org lain yg menang, kan?.. diorg pn xde la sgt nk meraikan kemenangan tu melainkn dgn mereka2 yg berkongsi lagu kebangsaan. Tahniah utk barisan pemain muda negara kita yang mempamerkn semangat juang yg tinggi. Ini adelah langkah permulaan, harap byk lg yg akn menyusul slps ini. 


Well, inilah sedikit sebanyak dr peristiwa yg berlaku sekitar 2010 dlm hidup aku. Kalo nk kira, ade byk citer suka duka yg brlaku sebenarnye dlm tahun lps tp ade yg trlalu peribadi utk aku ceritakan. Biarla ia tersimpan dalam memori aku utk sementara ini, andai satu hari nnti mampu diterjemahkn secara fizikal, insyaAllah akan aku nukilkan. Secara keseluruhan, 2010 adelah tahun yg penuh dgn peristiwa. Peristiwa yg menjadikan aku lebih dewasa, lebih tahu, lebih faham, lebih sabar & lebih menerima hakikat sebuah kehidupan. Moga2 tahun mendatang akan menyediakn ruang yg lebih banyak utk aku belajar sesuatu dari pengalaman merentasi ranjau kehidupan.