Click for supporting the blog, thanks..


Wednesday, March 16, 2011

Tuhan itu kejam...kah?... sebuah jawapan

Well, seperti yg aku dh janjikan.. ini adalah jawapan aku utk persoalan dari aku sendiri semalam. Sebenarnya jawapan ni bukanlah khusus utk pengisian semalam tapi boleh digunakan utk masa2 kita rasa sedih & kecewa dgn kehidupan sendiri. Ade banyak faktor kenapa aku rase perlu menulis benda ni terutamanya dengan gejala yg bukan2 makin banyak berlaku dlm hidup kita seharian. Orang suka2 lari dari masalah dgn menyalahkn org lain, brpura2 tiada masalah & ade gk yg memilih utk menamatkn riwayat supaya masalah turut pergi bersama nyawanya. Sekadar berkongsi pengetahuan sambil mengingatkan diri sendiri jugak yg kdg2 buleh hilang pertimbangan bila dihunjam dengan mcm2 masalah, terimalah suatu idea pemikiran yang indah...

Pernah dengar or tahu tentang sesuatu yg disebut sebagai berfikir secara hikmah? Bagi yg dh tahu & faham, nk berenti baca kt sini pn buleh tp kalo nk teruskn perkongsian idea ni pn amatlah dialu-alukan. Aku adelah seorang yg sgt logic. Untuk setiap kejadian aku percaya ade logik yg kita perlu faham kenapa & bagaimana sesuatu itu berlaku. Tapi dunia ni tak dicipta 100% dari logik akal manusia, jadi bila bertemu dgn benda2 yg tak masuk logik akal, aku terima seadanya itu sebagai takdir yg ada hikmahnya. Namun hati aku tetap meronta2 utk mencari logik di sebalik apa yg berlaku. Persepsi aku berubah bila aku mula utk belajar berfikir secara hikmah. Kita refer pada kes semalam utk memudahkn contoh yg aku cuba tunjukkan ini ye.

Tuhan melahirkan kau dengan pemikiran yg berbeza dari manusia biasa. Didatangkan pada kau perasaan halus yg menyayangi kaum sejenis namun dalam masa yang sama Dia jelas telah melarang utk kau berbuat demikian. Logik pemikiran akn mengatakan yg itu adalah salah. Kau tidak minta dilahirkan begitu, jadi kau marahkan Dia utk sesuatu yg kau x boleh terima & kau mmberontak. Kau bertindak mengikut nafsu & meletakkan Dia jauh dr lembaran hidup. Masyarakat mengeji perlakuan kau dan memandang hina. Kau marah2 pada mereka kerna tidak cuba memahami diri kau yang sebenarnya. Kau terus menyalahkn Dia yg telah melahirkan kau sebegitu rupa. Terasa lapang agaknya di dada kerna ada sesuatu yg dpt dijadikan sasaran untuk dipersalahkan atas apa jua pilihan langkah yg kau ambil. Aku x tau ape kesudahan cerita dari jalan yang kau pilih ini namun bukan itu soalan yg utama tetapi adakah kau benar2 bahagia?

Pemikiran secara hikmah mengajar kau utk menimbang segala-galanya. Bererti utk setiap kejadian yang berlaku, lihat dari semua sudut yg ada. Bila kebaikan yg kau perolehi, kau boleh meraikannya tp jangan keterlaluan.. ia mungkin nikmat sementara, ia mungkin ujian semata. Kalau pun benar ia ganjaran dariNya, tidak perlu utk kau mendabik dada. Begitu juga utk sesuatu yg kurang elok berlaku, pemikiran hikmah mengajar kita utk menerima itu seadanya. Ia mungkin ujian cuma, mungkin kerana ada yg x kena atau mungkin juga demi kebaikan orang lain pula. Dengan melihat dari pelbagai sudut seperti ini, ia menjadikan kau lebih redha & menerima setiap apa yg berlaku secara lebih terbuka.

Dalam contoh kes semalam, sebab kenapa dilahirkan begitu mungkin ada pelbagai cerita. Aku x tau ape yg kau rasa tp berfikir secara hikmah, aku rasa kau perlu bersyukur pada Dia. Orang biasa2 tidak seperti kau, rintangannya berbeza dlm usaha utk beribadah kepadaNya. Tapi bagi kau yg diuji sebegitu rupa, utk kau kekal taat padaNya & menahan nafsu yg menggila, bukankah itu pahala yg berganda2?.. Syaitan itu tak pernah berhenti dari menghasut, dan dia tetap tak berhenti walau kau dh jauh mengikut. Kerna selagi belum nafas terakhir yg kau hembus, dia tahu yg kau tetap punya peluang utk bertaubat. Sangat difahami bukanlah mudah utk mengubah sesuatu yg telah sedia menjadi tabi'i tapi tidak pun aku berkata ia semudah memetik jari. Khalayak yg mengeji (termasuk le aku sekali, astaghfirullahalazim..) jgn le kau peduli. Di akhirat sana kaulah yg perlu dia cari (padan muka aku2 skali..).

Selalu kita mendengar org berkata bila kita tak dapat apa yg kita hendak, sebenarnya Dia ade perancangan yg lebih baik utk kita. Jadi, samelah jugak dlm hal ini. Dilahirkan sebegitu kerna itu adelah yg terbaik utk engkau. Kau pasti ke andai lahir bersifat seperti lelaki yg kau kira sempurna, kau akan kekal beribadah kepadanya? Mungkin dilahirkan kau begitu agar sifat rendah diri itu tidak membuat kau angkuh & mendabik dada lalu terlupa beribadah kepadaNya. Mungkin dengan perbezaan yang kau ada, kau mampu lebih menghormati & menghargai kaum hawa jauh lebih baik dari kami si gagah perkasa. Atau mungkin dari cara kau berfikir yg berbeza itu untuk sesuatu yg lebih besar, mungkin untuk keamanan dunia sejagat. Tapi bila kau pilih utk diluahkn pada jalan yg salah, kau terpaksa memencil diri kerana takut dicaci, hidup dalam bayang2 sendiri, curiga pada pandangan skeptik masyarakat, seronok ke?

Untuk menjawab persoalan kejamkah Dia menjadikan kau sebegitu, terpulanglah pd sudut mana kau menilai.  Setiap kejadian itu ada kebaikannya. Tapi kalau kau terlalu melihat pd kekurangan, kadang kau lupa apa kelebihan dirimu. Tidak ada seorang pn dari kita ni yg sempurna sebenarnya. Ada yg zahir sempurna namun kurang batinnya. Begitu juga ada yg sempurna akalnya namun tidak pada nafsunya. Kita memang dijadikan berbeza namun matlamat kita seharusnya sama. Tapi perlu diingat yg matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sesuatu yg telah dijelaskan haram oleh hukum, maka haramlah ia. Jangan kerna tidak dapat menerima, kita menjatuhkn hukum sendiri yg jelas berbeza. 

Aku x pasti setakat ni kalian sudah jelas atau tidak apa yg dipanggil berfikir secara hikmah itu namun andai perlu penjelasan lanjut, carilah guru yg lebih faham. Cumanya kau patut faham realiti hidup kita di dunia ini sbg hamba, semua yang kita perolehi adalah secara pinjaman. Zaman dolu2 mase adenye perhambaan sesama manusia, tengoklah macam mana kejamnya manusia yg merasakan dirinya sebagai tuan. Bagaimana hamba itu disiksa bila ada yang tak kena. Kadang tak buat apa2 pn ttp menjadi mangsa. Sedangkan kita ni sebagai hamba Allah, selalu mengingkari arahannya. Kadang2 ade yang berani mencabar kuasaNya dan berpaling dari sujud menyembahNya, namun kita ttp x putus dari nikmatNya. 

Kalo tidak masakan kita masih dibenarkan bernafas dari udaraNya, makan dari hasil bumiNya, minum dari air yang mengalir dengan kuasaNya, semua ini masih dipinjamkan utk kita walau telah 1001 dosa. Dengan penuh kasih sayang, Dia tetap menanti kita untuk kembali taat perintahNya tanpa terus menjatuhkan hukum. Kadangkala didatangkan kesakitan atau kesedihan, ia sebagai kifarah penghapus dosa & kerna dia tak mahu kita lalai dari mengingatiNya. Kita selalu diajar utk fikir positif bagi setiap keadaan tapi kadangkala susah utk kekal positif bila logik akal mengatakan ia mustahil utk berlaku. Dengan berfikir secara hikmah, insyaAllah kita akan lebih positif kerana dari setiap apa yg berlaku itu kita menerima ia dengan minda yg lebih terbuka, menerima adenye sudut2 yg tidak terjangkau oleh logik akal & akhirnya menerima hakikat sebenar kehidupan seorang hamba. Fikir-fikirkanlah teman...

No comments: