Click for supporting the blog, thanks..


Thursday, November 3, 2011

CHANGE!!!

Last wednesday, di tengah2 kesibukan orang menumpang perayaan kaum hindu, aku mengambil kesempatan   melancarkan satu kempen utk diri sendiri. Kempen yg sepatutnya dah lama aku lakukan tapi byk sgt cengkadak yang menangguhkan ianya dari terjelma di alam nyata. Dan demi tidak digelar munafik yang hakiki, aku mengerahkan diri aku sendiri utk menulis pada hari ini demi menjelaskan dgn lebih teghang lagi bersuluh tentang apa yang aku maksudkan dgn kempen CHANGE!!! ini. Yelah, gile kau.. kate nak berubah tp janji yg pertama aku buat kat sini  dah aku mungkiri sesuka hati. So, here i am keeping my own words and to share my view to the world.


Apa yg ingin disampaikan oleh Datuk melalui kempen ini sebenarnya? Minta dijelaskan...

Maafkan saya, tinggi sgt penghormatan utk saya tu.. saya manusia biasa sahaja, tak payah la datuk2 ni.. hek ehem!!!.. Baiklah, terima kasih utk anda yg hadir & brtanyakan soalan pd hari ini. Rasenye semua dah jelas dari segi bahasa yg kempen ini membawa maksud ubah atau tukar. Secara asasnya, ia adalah satu bentuk peringatan untuk diri saya sendiri supaya selalu sedar yang bukan semua yang berlaku sekeliling saya ini adalah sesuatu yang baik walaupun secara peribadi saya tidak kisah dan menerima itu seadanya. Dan meskipun ia sesuatu yang baik, tidak akan pernah salah untuk kita menjadikan ia lebih baik dari keadaan sebelumnya dengan melakukan sedikit perubahan yang juga lebih kepada penambahbaikan dari yang sedia ada.

Dari manakah datangnya ilham atau inspirasi untuk anda hadir dengan kempen ini?

Ia hadir hasil dari pemikiran saya sendiri yg complicated & selalu buat org pening. Saya sentiasa bersyukur dgn hidup ini & menerima apa yg kurang & lebih seadanya keadaan itu namun kadangkala tergerak di hati yg kemungkinan untuk ia boleh menjadi sesuatu yg lebih baik jika ade sesuatu yg saya dapat lakukan di situ. Saya berpegang pada konsep lebih rendah pengharapan anda, lebih banyak anda akan menikmati hidup ini. Betul, saya memang menikmati hidup tapi dalam masa yang sama keadaan statik membuatkan saya sedikit bosan. Bukanlah bosan sampai tahap nak lempang muka sndiri, sekadar bosan rase cam nk gi karaoke dgn geng2 vokal jek.

kita selalu mendengar yg Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak merubah diri mereka sendiri, kan?.. dalam skop yg luas memanglah disebut kaum tapi yang membentuk kaum itu adelah sekumpulan individu yang berkongsi identiti yang sama dan hidup secara bermasyarakat. Jadi, secara langsung atau tidak sebarang perubahan yg dilakukan oleh individu akan mmberi kesan pd individu yg lain dlm masyarakat yg sama yang memungkinkan idea perubahan itu dikongsi secara berjemaah dan seandainya ia memang sesuatu yang baik, maka tidak salah ia menjadi transformasi pada masyarakat atau kaum.

Paham ke tak ni? haa, ni aku dh ckp mcm ahli politik gayenye. Dalam contoh yg mudah, untuk menggerakkan bas yang rosak, adalah lebih mudah jika semua orang turun dan masing2 mengambil peranan kecil menolak bas tersebut dari hanya beberapa orang yg bertanggungjawab turun & menolak sedang yang lain duduk mengomel & mengeluh dlm bas yg brgerak perlahan2 ditolak oleh beberapa orang yang dh mcm separuh nyawa nk tolak bas tu. Kalaupun tak nak tolak, turun je la dr bas utk meringankan beban orang yg nk tolak bas tu dh kire bagus la tu,it's fine if you don't want to join them, but please don't make it harder for them. And please.. jgn tanye soklan sentul apasal pegi tolak bas tu? Anggap je ni lumbe bas sape sampai garisan penamat dulu & ade 100meter lg nk smpai garisan penamat.. :p

Penjelasan yang agak panjang, tapi tidak ke anda rase agak poyo siap buat2 press conference ni tapi program ni belum nampak apa2 hasil yang ketara?

Well, satu soalan yang bagus tapi inilah stereotype orang2 kita neh. Sengaja saya memilih untuk melancarkan secara terbuka kepada dunia sebab saya nak seberapa ramai teman2 utk tahu dan membantu menjadikan ia satu realiti. Boleh saja kalau saya berdiam diri dan memasang niat untuk berubah dlm hati sendiri, lepas tu kalau dah berjaya barulah dihebohkan pada khalayak & kalau tak jadi pon, sape yg tau, kan? Bagus jugak sebab saya pun tak akan rase malu & perlu menjelaskn diri tentang punca kegagalan. Hakikatnya, saya perlukan ketakutan untuk gagal itu menjadi pemangkin untuk saya terus berusaha merealisasikan idea dalam processor yg ligat di atas kepala ini. Dan ingin saya jelaskan yang anda bersama-sama stereotype anda itu sesungguhnya tidak membantu menjadikan keadaan lebih baik. Kita berkongsi dunia ini, udara yang sama, alam sekitar yang sama, air yang sama dan banyak lagi yang dikongsi, maka kenapa tidak dikongsi bersama sesuatu yg lebih intim seperti cita2, impian, susah & senang, kisah gembira & sedih, atau dalam hal ini ketakutan untuk gagalnya sebuah impian. Kalau saya tak berani untuk bercakap pun tentang hal ini, tak payah le fikir jauh2 nk impikan ia jd nyata. Baik teruskan je hidup selesa sebelum ni & biar org lain yg amik ikhtiar tu, kan? kan?

Jadi, bagaimanakah projek ini akan dijalankan?

Ade beberapa fasa penting untuk memastikan kejayaan projek ini namun yang paling asas adalah perubahan pada diri sendiri. Maka untuk itu saya akan letakkan tanda CHANGE!!! ini pada beberapa lokasi yg mudah dilihat dan sentiasa mengingatkan saya tentang perlunya perubahan itu. Kadangkala kita tidak berubah langsung sbb pada masa keinginan untuk berubah itu tinggi, keadaan tidak mengizinkan namun bile keadaan mengizinkan, kite pula yg tidak terasa keperluan untuk berubah pada masa itu. Jadi dengan meletakkan reminder ini,kita boleh kiv dahulu perubahan semasa keadaan tidak mengizinkan dan kembali semula bila semuanya sudah ok. Dan juga bila melihat tanda CHANGE!!! ini di mana2 akan sentiasa mengingatkan saya utk terus berubah selari dengan arus dunia yg berubah dgn cepat. 

Rasenye cukuplah sebagai pengenalan dulu untuk kali ini. Jadi, jika anda ade melihat tag CHANGE!!! ini di mana2, mungkin bermakna saya telah sampai ke sana untuk mengubah sesuatu, hahaha!.. Ade org marah sbb katenye benda yg dh elok buat apa nak diubah2 lagi tapi saya kata benda yang dah elok tu la yg kita kena ubah, bukan ubah benda tu tapi ubah cara kita menilainya. Jadi, bila sebut tentang berubah ni bukanlah mesti sesuatu itu perlu diubah tetapi cara kita berhadapan atau cara kita menilai yg perlu diubah. Sebab seperti saya katakan, perubahan itu perlu bermula dari diri kita sendiri dan bukannya pada sesuatu yg kita tidak sukai.

SEMOGA ANDA MELALUI HARI YANG INDAH!!!

p/s: maaf kerana lewat sedikit ia ditulis dan disiapkan, saya tiada alasan maka silalah mmberikan kata2 kutukan seperti yg telah direlakan dlm entry sebelum ini.... 

Wednesday, October 26, 2011

Percubaan Untuk Kembali

Hmmm... macam dah terlalu lama sejak kali terakhir aku menulis. Ade banyak cerita berlegar dalam kepala tapi lebih senang memilih untuk menjadikan ia sekadar simpanan peribadi sahaja. inilah problem bila menulis tanpa hala tuju yg jelas. Nak tulis hari2 cam diari tapi terdetik lak dalam hati.. 

"kau ingat kau sape? cam dasat lak ramai gile orang yg follow cerita kau..."

Nak update hari2 copy paste dari idea orang lain, rasenye dah byk sgt blog camtu rupa. Lebih elok aku tumpang bace je & tumpang ketawa, huhuhu! bila decide nak jadikan ni satu platform dakwah utk teruskan bagi nasihat pada dunia, rase cam byk yg kena nasihatkan diri sendiri dulu sblm nak nasihatkan orang lain. 

So, percubaan untuk kembali ni atas dasar ape? kalo same je rutin harian aku cam dolu2 gak, rasenye lepas entry ni mungkin bln dpn atau taun dpn baru le korang dapat tgk cerita seterusnya dari aku, hahaha! tapi tu la dia, sebagai manusia aku x boleh berhenti dari mencuba utk berubah menjadi sesuatu yang lebih baik sbb kalo aku berhenti, hanya ada satu kemungkinan sahaja iaitu aku dh x boleh nk berubah lagi.. sama ada hari2 aku dh berakhir atau aku dah jadi si bodoh yg angkuh dgn apa yang aku miliki. 

Maka dengan ini aku turut melancarkan satu kempen yg dh berlegar2 dalam kepala hotak aku untuk sekian lama cuma tertangguh atas sebab2 yg sengaja aku reka dan membiarkan diri aku hanyut dalam keselesaaan (selesa ke?) hidup seharian. Harap2 ini boleh mengingatkan aku untuk terus hidup dalam erti sebenar2 hidup dan bukan sekadar melalui rutin harian yang sama sambil menunggu penghijrahan ke dunia yg abadi... dengan ini aku memperkenalkan... 


CHANGE!!! atau dalam bahasa ibundaku adelah TUKAR!!!... kenapa tukar? ape yg kena tukar? betul ke change tu maksudnya tukar? kenapa ade smpai 3 tanda seruan? kenapa? kenapa? kenapa? ANDA ada banyak soalan? huhuhu!... insyaAllah akan dijawab dlm entry yg seterusnya yg akan menyusul maximum 7 hari dari skarang.. kalo xde gk, dipersilakan mengutuk aku dgn sepuasnya selama 7 hari selepas tarikh luput itu (yakin je neh... ) kenapa tak explain arini jek? aiseyman, arini public holiday daa.. i'll see you around later... (^_^)

Thursday, July 21, 2011

Kisah Bayu & Suria

Tersebutlah kisah satu cerita, perihal sang bayu & sang suria yang memiliki kehebatan masing-masing yang tersendiri. Bersahabat mereka dan bekerjasama, peribadi keduanya sedikit berbeza. Sang suria tenang memancar haba, bayu pula tidak menentu anginnya. Tersohor serata alam akan kepanasan sang suria membuat sang bayu terasa dipandang sepi. Maka pada satu hari yang tenang, demi untuk membuktikan kemampuan dirinya, sang bayu mencabar sang suria utk beradu kekuatan dengannya. Pelik dengan karenah sang bayu, sang suria sekadar mengikut bicara. 

"Barang siapa yang dapat membuat si petani tanggal pakaiannya semasa bekerja di ladang, maka dialah yang akan keluar sebagai pemenang" cabar sang bayu kepada sang suria. Cabaran disahut oleh sang suria dan dipersilakannya sang bayu utk mempamer kemampuan terlebih dahulu.Sang Bayu meniupkan angin yang agak lembut dan si petani membuka beberapa butang bajunya untuk membenarkan angin lembut itu menyegarkan dirinya. Dengan penuh yakin, sang bayu mengumpul segenap tenaga dan menghembuskan angin yang lebih kuat ke arah si petani. Hampir2 saja tertanggal pakaiannya namun si petani dgn pantas menarik bajunya rapat ke tubuh & menyelubung dirinya.

"Aduh.. hampir2 saja aku berjaya..." kata sang bayu lalu mengumpul kembali tenaga untuk meniup angin yang lebih kencang. 2-3 kali bertiup dan menjadi semakin kencang setiap kali, maka semakin eratlah si petani menyelubung diri dari membiarkan bajunya terbang dibawa sang bayu. Akhirnya sang bayu yang telah kebuntuan beransur dan mempersilakan sang suria untuk mempamerkan kemampuan pula. Tampil kehadapan, sang suria mula memancarkan kepanasan dan si petani mula dibasahi peluh dan kurang selesa. Tergelak sang bayu tatkala melihat tidak sedikit pun terselak pakaian si petani dek panahan terik sang suria. Maka sang suria memberikan lebih kepanasan pada si petani yg kelihatan semakin perlahan bekerja sebelum akhirnya menanggalkan baju yg dipakai dan mengesat-ngesat peluh yg berjurai2 turun dr tubuhnya.

Maka berpalinglah sang suria pada sang bayu dengan satu senyuman kejayaan. Sang bayu hampir2 tidak dapat menerima kekalahan itu namun dia terpaksa akur dan menelan kepahitan yang dirinya ditewaskan sang suria yang kekal tenang sahaja berbanding dirinya yang suka menunjuk2 kekuatan diri. Tatkala itu berlalulah sang bayu pergi smbil berkira2 tentang bagaimana dia boleh tewas dalam pertarungan itu sedang dia sedikit lg hampir berjaya menanggalkn baju si petani...

Korang tau ke kenapa bayu kalah dengan suria dalam pertandingan di atas? Tak payah le nak persoalkan logik citer bayu dan suria ni kerana ia hanyalah sebuah cerita dan bukan kisah sebenar. Ada banyak moral sebenarnya yang aku nak kongsi dengan kalian jadi biarlah aku senaraikan dalam susunan di bawah ini ye..

  • Sesuatu yang sedikitnya kita nikmati belum tentu disenangi bila dilimpahi secara keterlaluan
  • Tatkala usaha yang sedikit menampakkan hasil, usaha secara keterlaluan tidak membawa ke mana-mana bila niat telah berubah
  • Dengan mengetahui potensi diri, kita akan meningkatkan peluang untuk berjaya dalam perjuangan.
  • Kita tak boleh memaksa orang melakukan sesuatu tanpa kerelaan namun berupaya membawa dia kepada keadaan di mana itu adalah pilihan yang tinggal.


Well, mungkin ade lagi beberapa perkara yang kalian semua boleh belajar dari cerita ini cuma satu je sebagai yang terakhir dari aku...

Nak gaduh2 pon kenapa pakcik tu lak yang jadi subjek? X pasal2 sejuk menggigil2 kemudian dilanda kepanasan yang amat, ape dosa dia pada bayu & suria? Hakikatnya itulah yang selalu berlaku dalam dunia ini, renung2kanlah semua ye...

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Thursday, June 16, 2011

Semua-semua naik...

Petang semalam blk keje aku berhajat utk beli sedikit makanan kt pasar malam area umah aku. Rasenye cam baru 2-3 minggu je aku x pegi pasar malam neh tp pemergian aku semalam mengundang kejutan tahap belalang tempur bila mana aku usyar2 harga makanan biase2 beli kt pasar malam ni harga dah ade up sket dari biase. Peh, ape sudah jadi dengan dunia? Aku yg trtinggal dalam dunia sendiri atau sememangnya ini baru semalam berlaku? Pusing2 pasar malam yg xdela beso mane tu, aku buleh buat kesimpulan yang hampir semua datang dgn harga baru. Terima kasih la pemerintah yg sangat aku cintai (tangan kt dada, mata ke atas) kerana terus2an memberikan kemudahan kepada rakyat.

Mungkin agak lambat aku bersuara pasal harga barang naik ni sebab orang dh lame mmperkatakan sejak dari harga minyak naik tak lame dulu. Aku sebenarnya malas nk bising2 pasal harga barang naik ni sbb rasenye tak berhasil pn, mungkin anjing menyalak bukit smpai runtuh baru pihak2 yg brkenaan nk amik tindakan sewajarnya utk mengatasi masalah golongan marhain mcm aku neh. Minyak naik harga, gula naik harga, susu pn naik gk.. masing2 ambil kesempatan utk naik harga guna alasan2 kos meningkat. La ni bil elektrik plak dh naik & aku masih menunggu berapa bil utk bulan ni, hmmm...

Berbalik citer pasar malam tadi, air bungkus dh jadi singgit dua kupang dr asal sehinggit. Yg maintain harga lak amik kesempatan tinggal tiga suku je dr sukatan lama. Ayam goreng seketul pn dh 2 hengget, dulu rasenye kalo bwk rm10 aku buleh beli makanan utk kenyang satu family kt umah tp la ni stakat jamah2 je dh abes 10 hengget tu. Kompius dgn keadaan yg berlaku, aku beli je 2-3 makanan yg aku rase cam nk mkn & balik umah smbil berfikir, adekah aku baru sedar atau akhirnya aku dh tak mampu nk bersabar lagi?

Fikir2 balik, rasenye bajet aku kena buat kira2 semula. Dulu isi minyak sebulan paling kuat rm400 (campur la utk moto & kereta) sekarang neh jejak rm500. Tu pn aku trpakse jadi saintis makmal buat sendiri minyak RON96 (mix of 95 & 97). Oh ye.. dulu aku pakai RON97, bukan sbb aku byk duit tp sbb aku org berilmu & aku pentingkan keselamatan. Untuk yang tertanya2 tu, silalah cari info2 beza antara RON95 & 97 yg kite guna utk minyak kereta tu ye.. Betul, dulu aku diam sbb aku nk jadi hamba yg brsyukur kerana aku tau ade lg org yg lebih susah dr aku. Tapi takkan atas tiket itu aku nk biarkan mangkuk2 ini tanpa rasa bersalah terus2an menindas kami yg bersusah payah bekerja & membayar cukai tiap2 tahun? Lahanat sungguh rasenye.

Kalau teori domino kate satu kejatuhan akan mmbawa pada jatuhan2 yg lain, maka dlm kes ni ia adalah sebaliknya. Setiap kenaikan pasti akan diikuti oleh kenaikan2 yg lain hatta ape2 yg x berkaitan pn dgn minyak, gula & susu. Kenyataan dr si putar alam bahawa "kita akan memastikan kenaikan ini tidak membebankan pengguna" lebih didengari sbg "saya bodoh, bangang, kayu & saya berbangga kerananya".. Boleh ke ko pastikan kalo ko sendiri tak rasa terbeban? Belum lg aku start cerita pasal slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yg dok jadi bahan sendaan masyarakat hari ini.

Well, the easiest way to cover cost overrun always by increasing the product price. Especially, barang2 makanan yg memang menjadi keperluan utk hidup, kita terpaksa memilih utk berlapar atau tetap mmbeli pada harga baru. Pilihan senang utk diri sendiri namun bagi ibu bapa yg turut memikirkan anak2, terpaksa menerima kenaikan harga dlm paksarela & memikirkan alternatif lain menampung belanjawan. Sebab itu peniaga tak pernah takut utk menaikkan harga barang, dia dapat pn dr supplier pd harga tinggi & supplier direct je ckp shipping cost brtambah. Cakaplah ape alasan sekalipun, bukannya pengguna ada pilihan lain lagi.

Bila semua2 barang naik harga neh, sedangkan gaji ko ttp sama maka nilai duit tu akan susut la jadinya. Jadi utk menaikkan gaji staff dan mengekalkan profit syarikat, terpaksa la naikkan harga produk. Then, org yg beli produk ko pn trpakse beli pd harga tinggi & utk cover cost dia yg overrun, dia pn mark up harga lagi utk apa yg dia hasilkan. Jadi cerita pasal perang untuk turunkan harga ni sampai kiamat pn x akan jumpe garisan penamat. Tidak selagi semua orang tidak mahu mengalah. Tindakan pihak berwajib cuba menguatkuasakan kawalan pn dh mcm main ketuk2 kepala binatang kt funfair tu, ketuk satu naik satu lg... ketuk sblh kiri, yg kanan pulak naik, gitu2 le smpai habis token. 

The only way binatang tu x beraksi adelah bila x ade token dimasukkan utk memulakan permainan. Sape yg memulakan? Org yg nk main ketuk2 tu le. Jadi samalah dalam kes ni, kalo pihak yg sepatutnya tak mula menaikkan harga, xdela masing2 amik kesempatan utk muncul dr lubang tu sebelum kena ketuk. Unless memang ko berhajat bodoh utk bg kerja dgn alasan "nanti pihak berkuasa xdela keje nk buat", maka aku tak mampu berbuat apa2 atas kebodohan itu. Suatu pihak perlu beralah dan pihak yg paling elok beralah adelah pihak yang tiada apa2 kerugian atau berhadapan kerugian minimal bila beralah. 

Aku nk kena beritahu dgn detail ke sape yg perlu beralah? betul2 perlu ke? Ok, antara seorang kaya yg ingin menambah kekayaan dgn seorang miskin yg memerlukan sedikit dana utk kelangsungan hidup, siapa yang perlu beralah?  Patut ke si miskin berkorban sehingga hilang nyawa semata2 utk memastikan si kaya semakin kaya? Atau si kaya patut bersyukur dgn apa yg dia ada & membantu si miskin apa yg terdaya.. atau sememangnya dia tak berdaya? takkanlah kot... So, the same goes to our situation laa.. kecuali kalau ade sape2 yg nk bgtau aku yg negara kita ni adelah negara miskin & x punya apa2 harta. Hmm, tapi pelik gk kalo negara kita miskin, berebut2 plak orang nk pegang portfolio negara & takde sorang pn dr diorg ni yg nmpak cam kebulur x cukup makan smpai berebut2? 

So, buatlah apa yg ko rasakan betul & kami golongan marhain akan terus menilai. Untuk mengadili rasenye jauh dari layak tp dgn kuasa yg diberikan, tengoklah kami suka ke tak dgn usaha2 yg telah dilakukan. Dan utk yg brcita2 sama utk duduk kerusi empuk & dpt elaun tiap2 bulan, buka otak utk ambik contoh mane2 yg baik dr peristiwa lalu, yg tak senonoh tu jgn le dibangga2 sgt sebagai warisan. Oh ye, kalo ade mane2 pihak yg tersentuh hati dgn ape yg aku suarakan kt atas ni, alhamdulillah & tahniah kerana masih punya hati tp mungkin kena tune balik rasenye. Kalo boleh biarlah tersentuh & sentap di tempat yg betul. Cukup le aku luahkan sikit apa yang terbuku, kang keluar semua habis plak masa aku nak menjawab surat saman. Apapun, terimalah untuk renungan bersama...

Aku bersyukur dalam semua-semua yang NAIK ni, hujan tetap TURUN... (^_^)

Friday, June 10, 2011

Ada apa dengan India?

Sengaja aku memilih utk lewat menulis hal ini kerana aku ingin kepastian dahulu apakah ia bersifat sementara atau sememangnya itu yg aku rasa. Memandangkn skang ni pn aku dh almost selesai (ade gk saki baki lg neh) dgn project utk ONGC India, so buleh le aku menulis sesuatu dr apa yg aku telah lalui ini. Aku pernah menulis secara detail tentang pengalaman awal aku di bengaluru, India semasa mula dihantar bertugas di sane dalam tiga entry blog yg berasingan iaitu perjalanan pergi, suasana di sana & keadaan jalan raya di india yg smpai skang masih menghantui aku, hahaha! Sebenarnya aku merancang utk menulis tentang orang2 di sana secara detail namun akhirnya aku memilih utk membiarkan sahaja cerita itu terutamanya selepas sesuatu yg pernah menimpa diri ini & buat aku lebih memahami manusia itu.

Seriously, suasana di india jauh bezanya dgn negara kita. Tak kiralah dari segi infrastruktur, kemudahan asas, sistem pendidikan, tahap keselamatan dan byk perkara lagi yang kita tak boleh nk buat perbandingan. Dengan keadaan serba kekurangan itu, no wonder la org2 yg biase hidup senang menggunakan segala alasan yg ada utk balik ke tanah air dr terus hidup rimas di negeri orang. Aku pn ade mase2 bosan dgn keadaan kt sane tp most of the time, aku try to get the best of it. Rasenye selain urusan kerja, sepanjang aku duk india waktu mlm mmg dihabiskn duk kt apartmen/ hotel layan citer kt tv or sembang dgn mmber2 lain. Well, dari satu segi aku dh kurang merambu compare dgn duk kt malaysia.

Hari minggu je le mase yg buleh digunakan utk brjalan2 kt sane sbb hari2 biase mmg keje dr pagi smpai lps maghrib br blk. Weekend pn nk keluar kena ade matlamat sbb kalo stakat jln2 buang karen, kejap je aku dh boring & rase cam nk blk apartmen semula. So, pegi le tgk wayang, lyn usyar2 sari, barang2 kulit & cari2 dvd. Oh ye, wayang kt india neh ade interval kt tgh2 citer dlm 10minit utk org pegi toilet or beli ape2 yg patut. X kirela citer hindustan ke, tamil ke, omputeh ke, sume dia akan stop kt tgh2. So, phm le aku kenapa ade certain citer industan tu tibe2 kt tgh2 cerita ade tulis INTERVAL ataupun INTERMISSION.. maknenye dia amik kesempatan mase plot twist tu utk break gk kt dlm panggung. Btw, popcorn kt cni sgtlah osem kerana xde rase manis2 pn, just tmbh garam je bg rase masin2 sket, hadoo..

Satu benda aku notice sejak blk dr india neh, aku buleh lyn citer industan yg aku x kenal pn pelakon dia tp aku ttp rase best smpai abes cerita. Bukanlah hari2 tgk hindustan, kdg2 je bile tgh boring xde siaran best aku bukak laa B4U tu lyn. Dulu kalo xde citer best, bukak channel hindi bkn le option utk aku. Paling2 pn terus tutup tv & buat keje lain. Tak tau le kenapa, tapi aku mcm rase ok & boleh terima cerita diorg ni bile dh tgk sendiri dgn mata kepala aku tentang budaya, cara hidup & persekitaran hidup diorg kt sane. Oh ye, kalo citer hindustan yg shoot kt luar india, tmpt cantik2 byk omputeh aku x teringin sgt nk tgk pn, kenapa ek?

Diorg ni ade rase  high esteem yg sgt tinggi x kirela org yg kaye raye atau org biase2 sekalipun. Selagi mana diorg mampu cari makan dgn cara sendiri, diorg sgt mementingkan maruah diri. Kadang2 aku tafsirkan peribadi itu sbg bodoh sombong atau keras kepala tapi itulah hakikatnya. Mungkin cara kita approach tu salah, that's why diorg susah utk terima teguran. Aku sendiri pernah tgk cmaner bile same person yg kita tegur dgn two different approaches mmberikan reaksi yg jauh berbeza. Sedikit rasa bengang namun akhirnya dapat belajar sesuatu dr situ & menerima cara mereka seadanya.

Macam2 perkara aneh & pelik ade kt india yang kadang2 rase cam x masuk akal pn ade. Kalo nk citer tiap satu, aku x pasti berape entry baru buleh habis rasenye. Tapi benda2 yg x masuk dek akal ni la yg jadikn india unik. That's why kena dtg cni dgn open mind & sedia utk terima konsep impossible is nothing. Tapi aku rase mungkin gk kalo org2 dia dtg tmpt kite cni pn akn fikir perihal yg same, ape yg kita buat tu x masuk dek akal. Diorg ade cara trsendiri utk melakukan sesuatu itu & akan tetap dgn cara itu walau kau datang mmbawa pembaharuan. Dia x ckp yg cara ko tu salah tp dia ttp suka cara dia walaupun idea ko tu senang2 diterima oleh masyarakat madani lainnya.

Well, hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, baik lg tempat sendiri. Bile brbual dgn client2 yg dtg keje cni dr india & lps kitorg bwk pegi jln2 tgk KLCC, pusing2 melaka & singapore, diorg still rase mumbai is the best. Memang aku respek tul jatidiri diorg neh. X mcm sesetengah melayu kita yg pegi negara omputeh lps tu balik cni sibuk cerita betapa best negara orang tu, mcm le negara kita ni low class sangat. Hallo, ko duk negara omputeh tu brape hari? Try la duduk sane lame2 smpai org menyampah nk tau best ke tak negara orang tu. So, aku gembira sbb aku penah duduk & bekerja di india, aku menerima & menikmati suasana berlainan di sana namun, aku lebih rela menghabiskan hari2 biasa di tanah air dr hari2 indah di tempat orang. Di sinilah, tanah tumpahnya darahku.. Jai Hind!...




Tuesday, June 7, 2011

Aku, engkau, kita, dia & mereka...

Eh, suka hati aku le nk buat ape pn? ape ko kesah? bukan aku menyusahkn hidup ko pn...

Aku buat biar aku yg tanggung, ko x payah ambik peduli pun...

Ni hal aku dgn dia, ko jangan masuk campur

Well, contoh2 di atas ni adelah merujuk pd sebahagian dr kata2 yg biase kite dengar hasil dr satu konfrontasi. Kebiasaannya, ia datang dalam tone marah & kurang peduli tentang hal2 lain  waima hati & perasaan org yg dihamburkan dgn kata-kata ini. Reaksi mudah dari aku senang je..

X bley buat ape la beb sbb kebodohan ko yg memanggil2 aku utk amik port skang ni..

Satu jawapan yg kurang lebih dgn bunyi ko ingat aku hingin sgt nk sebok2 or dlm bahasa yg lebih mulia maaf, izinkan saya untuk mencelah.. mulia, kan? siap mintak izin lg..

Mungkin ada yg tertanya2 apa yg aku nk smpaikn sebenarnya dr contoh keadaan di atas neh. Bagi yg dh faham atau agak2 faham, meh le same2 kongsi dari sudut pemikiran aku plak ye. Sebenarnya ini adelah contoh keadaan bila mana kau brhadapan dgn org yg rasa cuma dia seorang je yg hidup dalam dunia ni. Namun disebabkn kemustahilan itu, keadaan yg lebih jelas adelah org yg beranggapan bahawa apa jua tindakan yg dia ambil tidak akan memberi kesan pada orang lain. Berfikir secara jual ikan (selfish) dan seterusnya membuat keputusan tanpa memikirkan sedalam2nya kesan dari tindakan yang dihasilkan.

Bagi pemikir jumud sebegini, dunia dia terasa kecil sahaja. Dengan zon selesa yg sepadan dengan keperluan diri, mereka2 ini langsung tidak mahu keluar dari kepompong dan melihat kehidupan dari sudut yg lebih luas. Mungkin bg mereka2 ini, bila hari ini mereka bersuara & bertindak pada seseorang yg lain dan seseorang itu tiada kaitan secara langsung dgn kita (kenalan atau saudara), kita sepatutnya tidak perlu rasa apa2 atau cuba2 untuk mengganggu urusannya. Katanya, aku tidak ganggu kau jadi kau jangan ganggu urusan aku.. malah ada yg sgt marah bila ditegur sehingga berkata kubur kita masing2, kenapa kau perlu risau akan urusanku?

Sememangnya boleh buat kita tergamam seketika bila ditegur sebegitu seolah2 dia tidak senang betul dengan tindakan kita. Di atas ini adalah contoh2 yg extreme, sebenarnya dalam hidup seharian pn byk lg situasi seperti ini berlaku. Tidak semestinya dlm bentuk offensive yg menyerang bila ditegur, ada yg memilih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja atas sbb defensive iaitu tidak mmbenarkn kehidupan sndiri dibuka utk diserang oleh orang lain. Orang2 yg bersifat defensive ini tidak merasakan diri mereka brsalah dgn menutup pintu kpd org luar namun secara tidak sedar itu adalah satu tindakan brsifat pentingkan diri juga. Kenapa aku kate camtu? senang je.. berbalik le pd teori aku x kacau kau so kau jgn kacau aku.. bukan ke tu sebahagian sikap pentingkn diri sendiri?

Sengaja aku memilih utk brcakap tentang hal ini kerana sedih rasenye dgn cara hidup kite zmn sekarang ni. Dengan mak bapak yg x puas hati anak ditegur guru, pekerja yg mmberontak bila hal2 peribadinya ditegur majikan, adik beradik putus saudara hanya kerana tidak sependapat dlm sesetengah perkara dan mcm2 lagi la contoh krisis yg brlaku dr sikap jual ikan ini. Aku tau cerita brmusuhan & brkelahi ni mmg bukan cerita baru tp suatu masa dulu kita kurang mendengar org brgaduh atas sebab2 yg sebodoh ini. Seolah2 bergerak dengan kemajuan dunia & kemodenan manusia berfikir, adab sopan & nilai2 murni semakin lama semakin tiada tempat di hati kita. Terasa diri sendiri adalah yg paling pandai dlm segalanya smpai tidak boleh ditegur walau yg menegur adalah ahli dlm bidang yg trsebut. Maka kesudahannya, kau dengan dunia kau, biarkan aku dlm dunia aku

Boleh saja utk aku memilih brdiam diri & mengikut lenggok dunia kini tp sungguh, aku x selesa begitu. Hidup meriah, penuh dgn hiruk pikuk manusia sekeliling sedang hakikatnya kau brsendirian dlm dunia ini. Org terus2 melihat kau mempamerkn kebodohan sndiri tanpa niat utk mmperbetulkn kerana takut mendapat seorang musuh tanpa diminta sedang kau tak pernah tau yg kebodohan kau itu menjadi bahan tawa buat mereka. Tak salah bile kite senyum & terima bila ditegur. Percaya atau tak, logik atau tidak, perlu diikuti atau diabaikan, itu pilihan yg kita boleh buat kemudian. Kita patut berterima kasih kerana ada yg masih mahu menegur dari membiarkn kita selesa dlm kebodohan sendiri.

Berkata begini bukan bererti aku menghalalkn sikap kak nam yg menjaga tepi kain org smpai lupe makan minum laki & anak2 kt umah. Janganlah atas tiket mengambil berat sesama manusia, kau mendengar rintihan hati lantas dijaja cerita smpai ke mana-mana. Itu dh jadi satu masalah lain pulak. Berpada-padalah sekadar mengambil berat ape yg terzahir, x perlu nk cungkil2 rahsia hati pulak. Kadang2 bile jadi org yg trlebih prihatin pn susah jugak. Aku ni bukanlah betul sangat sampai nk mmpersoalkn cara hidup orang lain cumanya atas dasar kita ni sama2 duduk di dunia yg sementara, eloklah kita brkongsi2 apa yg ada sebelum dihitung cerita masing2 kat sana nanti.

Anyway, ini hanyalah sekadar nasihat utk diri sendiri & teman2 yg masih mahu menerima. Kalo baik utk dijadikn ikutan, alhamdulillah namun kalau sebaliknya, maafkanlah hamba yg berkata2. Kita hidup kt dunia ni dh hampir lengkap semuanya, tinggal nk penuhkan dgn kasih sayang sesama kita sahaja. Percayalah yg selagi kita berkongsi udara di atas bumi yg sama, kita akan saling berkait. Apa gk yg aku buat hari ini, kalo x meninggalkn kesan pada kau sekarang mungkin suatu masa nanti tetap akan kembali pd kau & begitu sebaliknya. Jadi sebelum mengambil apa2 tindakan, fikirlah panjang2 & jgn terlalu ikutkn gelojoh nafsu atau hati yg marah. Dan tolonglah peduli walaupun pada orang yg x peduli... 

Thursday, May 5, 2011

Dan Menyatakan kasih sayangku...

Dengarlah hai teman, dengarkan bersama,
Aku menulis bukan kerna nama...
Kerna sifat kasih, pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangku...
Kita sama semuanya sama...


Sebahagian dari bait lagu Bukan Kerana Nama yang selalu berkumandang di corong2 radio. Lagu yg menjadi kegemaran aku dan ku jadikan pegangan dalam berkarya tidak kiralah dlm konteks tarian pena atau saat2 indah yg dapat kuabadikn dari sebuah cerita kehidupan. Secara jujurnya, ia bukanlah sesuatu yang semudah dihembuskan bibir berbicara kerana antara sedar dengan tidak, tatkala karya itu didagangkan & nama sang pengkarya meniti di bibir lalu mungkin tersemat di hati pencintanya, aku tersenyum bangga. Jelas, aku tahu senyuman kepuasan itu bukanlah untuk sebuah nama bertapak kukuh melainkan utk menjadi inspirasi dalam berkongsi sesuatu yang lebih baik lagi dariku untuk sekalian manusia.

Namun, bila aku menulis atas dasar kasih sesama insan, terkadang aku terkesima dengan kejutan demi kejutan yang berlaku dari kisah hidup seharian manusia2 sekelilingku. Sesuatu yg membuatkn perasaan kasih itu lebih dibaluti api kemarahan dan terzahir melalui bahasa2 yang agak bersifat kurang ajar. Bila aku katakan yang amarahku itu juga atas dasar kasih sesama insan, aku dikatakan tidak cukup sayangnya kerana aku berkeras sedang sifat kasih & sayang itu penuh kelembutan. Maaflah, kesabaranku tidak layak diukur dengan Abu Bakar As-Siddiq yg tidak bereaksi langsung bila ditumbuk di masjid, tidak juga seperti Umar Al-Khattab yg hanya melihat si penumbuk sebelum beredar, tahap Uthman Bin affan yang sekadar menegur pn aku tak sampai. 

Andai ia diukur dari sejauh mana aku mendiamkn diri, bersabar & terus memberikan kasih sayang dengan harapan keadaan akan berubah sepenuhnya, maka aku mengangkat bendera putih dan menarik diri dari persaingan itu. Aku manusia yg bereaksi. Walaupun tidak mengharapkan apa2 balasan dari kasih dan sayang sesama insan, namun terdetik sekelumit kekesalan bila terlihat di pandangan mata yg ia dibazirkan begitu sahaja. Jadi, menegurnya aku itu demi kasih dan sayang bukan? Cumanya terkadang diakui yang aku agak berkeras terutamanya bila aku melihat yang kelembutan itu tidak dihormati. Bukan bererti aku memaksa penghormatan untuk diberi melalui kekerasan, cukuplah sekadar utk difahami yg aku ini bukan berjenaka atau saja suka-suka. 

Berlembutnya aku demi kasih sayang, tegasnya aku juga demi kasih dan sayang. Andai aku tidak adil dengan meletakkan keduanya pada tempat yang salah, kemaafan ku pinta dengan hati yang luhur. Terkadang niat yang baik sahaja tidak mampu menghadirkan usaha yang husnul khotimah. Namun, siapa aku untuk tahu kesudahan bagi setiap cerita sedang kisah aku sendiri aku pun belum tahu kesudahannya. Justeru, aku berusaha dan bertindak atas dasar apa yang aku rasakan perlu hasil dari setitik ilmu kurniaanNya dan cerita dari kehidupan yang berlaku dengan keizinanNya. InsyaAllah, dengan niat yg betul dan atas ikhtiarku demi sebuah kebenaran, mudah2an diberkati usaha ini dan mendapat keredhaanNya. Menulisnya aku atas nama cinta, bermadahnya aku demi kasih, berhujahnya aku kerna sayang.. Cinta, Kasih & Sayang seorang hamba demi Allah dan untuk manusia, wallahua'lam bissawab...

Monday, April 25, 2011

Hidup tidak semudah putaran roda..

Orang kate hidup ni ibarat roda, ade mase kt bawah, ade kalanya kat atas. Ade sikit betul tapi aku tidak setuju sepenuhnya. Kenapa? sebab hidup ni mudah diramal kalo ibarat putaran roda. Mane taknye, bile ko kt bawah ko tau yg sedikit mase lagi ko akan naik dan duduk di atas pula. Bila kau di atas, kau pasti akan bersiap sedia dengan sebenar-benarnya kerana kau tahu yang kau akan turun ke bawah pula tidak lama lagi. Melengkapkan kitaran itu, kau sekadar perlu bersedia utk satu kemungkinan sahaja, sama ada selepas ini kau pasti naik ke atas atau dh tiba masa kau duduk di bawah. Dan untuk setiap kedudukan itu, kau mempunyai masa yang sama panjangnya, takdelah yang complain sekejap idup senang, lepas tu susah untuk selamanya. 

Hmm, senang betul hidup ni kalau macam tu. Dan mungkin agak adil sebab semua orang akan merasa laluan yang sama berulang-ulang. Tapi tulah dia, ade sape2 yg boleh pasti skang ni dia sebenarnya ade kt bhgn mane dalam roda kehidupan itu? Di ataskah? sedang menaikkah? atau sedang melalui hari2 buruk yang berpanjangan di bahagian bawah? Habis, x boleh ke guna perumpamaan tu? Eh, suka hati le nk guna ke tak.. aku sekadar bagi pendapat aku je, berfikir jauh luar dari kotak. Sebab aku selalu dengar orang kate hidup ni mcm roda, kadang2 atas dan kadang2 kat bawah, tapi bila duduk dlm satu kitar, kita patut dh tau yang sekarang ni mase kita kt atas atau kat bawah. 

Jadi, hidup ni ibarat apa? Aku belum jumpa lagi sesuatu yg pasti utk menggambarkn kitaran dlm hidup ni. Tapi agak sukar nak menerima roda yg bulat terutamanya bila fikir balik betapa berat & susahnya untuk naik ke atas tapi sangatlah senang untuk turun ke bawah semula. Dan siapa yang tau bila dia duduk kt bahagian bawah roda yang dia tidak akan turun jauh lebih ke bawah lagi? Begitu juga dengan yg sedang di atas, tak boleh naik atas lagi ke? hanya bersedia utk jatuh ke bawah semula dalam kitaran itu. Ade yang mencadangkan hidup ni macam naik roller coaster, ade turun dan naiknya sepanjang perjalanan. Sama jugak bagi aku ceritanya. Memang le ade turun naik tapi sebelum ko naik roller coaster tu ko dh tgk laluan perjalanan dia & boleh bersedia pada saat2 diperlukan. Sedang dalam hidup yang sebenar, kau perlu bersedia sentiasa untuk apa jua yang mendatang pada bila2 masa dalam fasa kehidupan ini. 

Hidup ini indah kerana kau tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jadi kau perlu bersedia utk apa jua yg akn menjelma. Tapi kalau perlu bersedia setiap masa, bukankah itu sesuatu yg mmberi ketegangan? Hmm, tulah masalahnya bila bersedia tu terlalu difikirkan utk perkara2 yg menakutkan. Bersedia utk menghadapi ujian, sedia utk ditemuduga, sedia utk kena marah dan macam2 lagi sedia sebab kita rasa sukar untuk menerima satu kemungkinan dari dua yang tersedia di hujung cerita. Bersedia yg aku maksudkn di sini adelah sentiasa menyediakn hati yang trbuka utk menerima natijah dari tindakan atas tiap cubaan yang mendatang. Menerima seadanya sesuatu yang telah tertulis pada takdir walaupun agak berat terutamanya bila yg terjadi tak seindah sesuatu yg dimimpikan. Bukan ke kita selalu berkata yg Dia adelah sebaik2 perancang, maka terimalah apa yg berlaku itu sebagai suatu hikmah yg mungkin kita belum sedari.

Aku menulis ini bukan kerana hendak menongkah arus atau menjadi seorang yang berbeza. Sekadar nk kite same2 buka akal & fikiran utk melihat yg kitar hidup kita ini bukanlah ibarat pusingan roda apatah lagi ibarat seekor hamster yg berlari2 di atas roda yg berputar ligat. Kitaran hidup yg jelas kita sama2 akan lengkapkan hanyelah DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA AKAN KEMBALI... maka tatkala itu telah lengkaplah kitaran hidup kita di dunia yg fana ini di mana setiap dari kita melalui jalan cerita yang berbeza2. Kisah sedih aku mungkin gelak tawa bagi kau, sedang cerita sedih kau belum tentu mengundang tawa utk aku. 

Wednesday, April 20, 2011

Journey to the east... 2nd day

Hari ni telah menjadi hari brsejarah bg aku kerana 1st time jejak kaki k bumi kelantan. Sedari dulu didengari tentang kecantikan awek2nya kelainan suasananya, akhirnya aku brpeluang melihat sndiri dgn dua biji mata ini. Perjalanan dr kuala terengganu menuju sempadan kelantan bermula awal pagi lagi dlm keadaan kabus masih tebal menyelubungi alam (ceh!). Dengan perut yg masih belum sarapan pagi & muka separa toya, aku betul2 harap yg kelantan tu xdela jauh mane kt depan nu namun akhirnya selamat mencecahkn tayar exora (kaki blm jejak lg) di bumi kelantan slps sejam lebih prjalanan yg aku bantai tido. Kekaguman pertama utk hari itu adelah pabila melihat keadaan jalan & persekitaran yg jauh brbeza sejurus keluar dr bumi terengganu & masuk ke kelantan.

Jalan 4 lane yg dipenuhi kedai di kiri kanan tiba2 brtukar menjadi 2 lane yg ditemani kesunyian desa. Peh, terlalu besar jurang antara 2 negeri berjiran yg ditadbir ideologi berbeza. Seolah2 sengaja dipinggir begitu sahaja dgn kenyataan maaf, kau bukan sebahagian dari kami. Masih dlm keadaan separa terkejut, perjalanan diteruskn & berhenti sarapan pagi di pekan pasir putih yg agak sunyi. Sesungguhnya nasi dagang itu amat sedap namun milo ais yg aku pesan bisa mengundang sang semut menghurung sisa kumbahan yg tidak tercerna kerana terlalu berlebihan manisnya. Serius, rasenye aku x perlukan kemanisan itu andai benar gadis2 kelantan semanis yg meniti di bibir masyarakat selama ini.

Sepanjang perjalanan menuju kota bharu melalui jalan kampung, pemandangan berselang antara pokok2 hutan, rumah2 kampung & sawah padi yang menghijau.. Kebarangkalian untuk bertembung dengan kenderaan2 besar & berat yang sinonim dgn kemajuan industri adalah sangat rendah, jauh bezanya dr merentasi jalan kota tinggi-mersing yg kdg2 trpakse mengalah dgn kegilaan pemandu2  yg kurang adabnya. Suasana kekampungan sangat jelas terlihat dgn sesekali melewati pekan2 kecil utk menuju ke kota bharu. Merentasi kawasan jelapang padi berlatarkan bukit bukau, terasa tenang menatap lukisan alam ini. Rasenye berapa kali je berselisih dgn kereta dari arah bertentangan, sesuatu yang berbeza dari kesibukan jalanraya di bandar2 besar yang menjadi gelanggang permainanku.

Sampai ke kota bharu, nmpaklah sedikit kesibukan. Tiadanya bangunan berlumba2 mencakar langit, kelainan papan2 billboard yg penuh kesopanan serta menyerlahkan kemelayuan & keislamannya, kota bharu dlm kelas yg berbeza dari kota2 lain di bumi bertuah malaysia ini. Alhamdulillah, tercapai hasrat menjejak negeri terakhir semenanjung malaysia yg belum pernah disentuh selama hayat ini, aku sendiri tiada agenda khusus di bumi kelantan ini. Sekadar berpusing2 melihat gewe2 sekitar bandar kota bharu sebelum dibawa menikmati hidangan tengahari oleh seorang teman yg sudi menerima kunjungan dari selatan ini. Menikmati nasi ulam yg terkenal di kota bharu, cukup untuk meredupkan pandangan mata yang semakin lama semakin kabur dalam perjalanan pulang ke kuala terengganu petang itu. Alhamdulillah & terima kasih teman...

Demi mencapai piawai kembara, agenda snorkeling ttp dijalankan walaupun sekadar mandi-manda sambil usyar gewe di Jeram Pasu. Sesungguhnya kesejukan air yang berlumba2 terjun dari puncak itu sampai ke medula oblongata aku & telah melembapkan otak aku berfikir seketika. Puas tak puas, lepas dh nk kecut berendam barulah perjalanan pulang diteruskan seperti dalam rencana. Masih sempat lagi singgah utk pekena kepok lekor sat sejurus kembali ke bumi terengganu sblm meneruskn perjalanan pulang ke kuala. Disebabkn sblh malam tu ade agenda penting di kuala ganu, perjalanan pulang itu sangatlah lajunya sampai terbabas masuk jalan orang akibat salah tgk susur. Alhamdulillah, mujur tak ade ape2 yg buruk pn berlaku.

Final agenda utk hari ke-2 adelah makan malam bersama YB Lotfi di seberang takir (kalo btul la name tmpt tu) sambil mmbincangkan agenda bisnes juta2. Duduk dgn YB mane bley citer2 tepi longkang punye, LOW CLASS!!.. pekena seafood segar mmg lain rasenye apetah lagi hidangan ditaja oleh syarikat YB sendiri, ngeh! ngeh! ngeh! Badan pn dh rase sengal2, otak pn dh melayang mane2 pegi, petanda jelas utk mengakhirkn kembara remaja ranggi utk hari ke-2. So, selesai makan smbil melayan Bintang Popular kt tv, beransurlah sudah ke destinasi masing2 utk hibernasi. Apepun sempat lg melayan kemunculan tiba2 usop wilcha kt tv mlm tu utk menyampaikan anugerah bintang popular kt tv, haha!.. popular betul dh org tua tu skang neh.. Sampai bertemu di hari ke-3!!!

Monday, April 18, 2011

Journey to the east... 1st day

Last 2 weeks aku, abg nash & maknang telah meninggalkn kesibukan kota & segala awek2 debu2 yg ade utk sesi kembara remaja ranggi di negeri sang penyu menangis. Semuanya bermula dari sesi borak2 telor slps latihan vokal yang mantap pd minggu sebelumnya. Kebetulan aku ade voucher penginapan percuma yg perlu digunakan sebelum luput tarikh & dgn byk mase terluang kt ofis tgh2 xde job neh, bercuti adelah satu pilihan yg agak menarik jugak. Lepas kompem je cuti masing2, dgn otak yang lapang & hati yang terkinja2  kegirangan, ekspedisi mencari gewe pn bermula pada tanggal sabtu, sehari lps april fool yg lalu.

Well, roadtrip sblm ni ke melaka disertai aku, maknang & labu sebelum disertai aboy yg menyambut kami di sana. Sejajar dgn pertukaran status labu dari single kpd trouble couple, maka tersingkirlah beliau secara automatik & kemasukan abg nash mencukupkn korum kembali. Percubaan mengajak geng2 yg lain juga kurang berhasil terutama sbb masing2 berbual kasut susah nk apply cuti last2 minute mcm kitorg, huhu! So, dgn bertiga ni le kitorg memulakn perjalanan merantau ke pantai timur dgn misi utama utk melihat2 awek cun tempat org setelah kali terakhir aku smpai ke kuala terengganu ini adelah kira2 2 tahun yg lalu. Pastinya itu satu masa yang panjang & mcm2 perubahan boleh terjadi dlm tempoh itu.

Gerak dari pasir gudang kira2 jam 10pagi & perjalanan ke timur melalui jalan mersing-kuantan. Cuaca cukup cerah mengenepikan persoalan adekah banjir sedang melanda pantai timur kerana perkhabaran kuala terengganu ditenggelami air agak menghantui perancangan dari seminggu yang lalu. Alhamdulillah, jalan pn agak lengang dengan hanya sesekali usaha gigih diperlukan utk memintas kenderaan berat dan lembap di hadapan. Singgah bersantap tengahari itu di kuala rompin, abg nash mengesahkn ketibaan kami ke bumi pahang dgn mencuba menu ikan patin yg mujurlah tidak semahal kedai lain namun ttp lebih mahal dr nasi ayam yg aku & maknang order, huhuhu!

Destinasi pertama adelah club med Cherating Tanjung lumpur, pekena kopok lekor celup tepung & satar. Ade yg kate kepok camtu x besh sbb x byk ikan tp selera kita masing2, kan.. agenda minum petang sblm menyambung perjalanan ke kuala terengganu itu disambut oleh saudara bureng yg telah menjadi seorang encik pensyarah di kuantan. Nostalgia almost 3 years ago, road trip to kemamang dgn cip ady yg telah mmperkenalkn aku ke tmpt ni. Mujur gk x sesat dlm pencarian ke-2 cuma ade sket kompius je aa dh smpai kt tanjung lumpur tu sbb tgk cam ade 3-4 kedai tepi jalan. Seingat aku dulu, satu kedai ni je aa yg ramai org dtg & ngam2 aku smpai kedai tu ade bdk accident langgar lori kt seberang jalan. Pengsan terus & dihantar ke hospital dan aku x tau ape kesudahan slps itu. 

Singgah ke kota kemaman melepak dgn ahmad bijan peminat kumpulan slam kt kuala pekena satar (kepok lekor kemaman dh abes) & burak2 telor lg sementara tunggu maghrib. Lps smbahyang kt masjid kpg geliga, perjalanan ke kuala terengganu diteruskn dgn merentasi rantau petronas, kerteh & dungun. Tengok lampu2 kt kerteh tu teringat trip bwk puan ija balik kampung few weeks lps road trip to kemamang dgn cip ady back at early 2008. Mase tu jalan tgh renovation so kalo nk compare dgn skang kire hebat aa jln kt terengganu neh. Ingat nk gk amik shot kt situ tp sbb memikirkn perjalanan masih jauh lg, mungkin next time je aa amik shot. Kalo nk tgk gk gambo lampu2 mlm kt loji kerteh, kena suh abg nash upload aa gambo2 yg dia amik guna hp time tuh.. apa daa, org suh pakai camera aku dia snap guna hp jek.

Sampai kuala terengganu dh lps kul 10mlm, nk pusing2 dulu pn badan dh lepak hampir seharian brjalan so terus check in kt pnginapan 4bintang terbaek dari ladang ditaja oleh Tuan Kama dr JPA3. Alhamdulillah, selamat dh smpai ke destinasi yg hendak dituju. Diskus sket2 agenda utk esok & mmbuta agak awal sbb sok pagi2 dh nk jalan jauh lagi. Ke mana destinasi seterusnya? hmm, tunggulah cerita hari ke-2 ye.. (^_^)