Click for supporting the blog, thanks..


Monday, March 14, 2011

Tuhan itu kejam...kah?

Hari tu ade sekali tgh boring2 kt umah aku lyn citer yg agak menjadi kegilaan masa kini kt tv starworld, citer GLEE tu le.. Kan ade sorang mamat dlm citer tu yg gay & dlm episod tu, bapak dia sakit & dimasukkn ke dalam hospital. Then, bile kwn2 ajak utk berdoa pd tuhan memohon supaya bapak dia cepat pulih, dia ckp je yg dia x perlukn doa2 tu sume sbb dia x percaya pn pada kewujudan tuhan. Antara yg dia cakap termasuklah mempersoalkn kalau tuhan tu adil kenapa dia dilahirkn berperasaan sbg gay dan dikeji masyarakat. Senang ckp dia rase cam tuhan yg cipta dia mcm tu adelah kejam & tak layak utk dia hormati. Fuiyoo, hebat kan pemikiran diorg neh.. aku x tgk smpai abes pn citer tu & tak tau ape kesudahannya, tp bukan kesudahan cerita tu yg aku nk kongsi kt cni pn so whateva la ending dia pn...

Skang ni isu homoseksual ni dh jd cam perkara biase dlm dunia & kita di malaysia pn turut merasa tempiasnya. Baru2 ni ade plak kuar video pengakuan seorg gay yg berakhir dgn "i'm gay & i'm fine".. salah satu kempen yg didalangi barat utk meminta kita menerima budaya hidup mereka yg bertamadun la katenye. Paling x bley blah, yg mengaku gay tu adelah seorang engineer (dem!..), aku rase cam nk hempuk je kepala dia dgn pipe stainless steel 316L 2" (buat malu golongan engineer je woi..). Aku tak kesah kalo cam omputeh citer GLEE tu yg sah2 kafir, ko nk jadi gay ke, nk bercinta dgn tunggul ke, menghalalkn sumbang mahram ke, dah memang paksi pemikiran diorg tu ke arah kesesatan, diluar kuasa aku la nk menongkah arus. 

Yang aku sedih tu, sedara2 seagama aku yg dlm ic pn jelas2 tulis islam, tau ape itu halal & haram, berani menongkah arus demi utk menuntut hak dihormati walau mempunyai selera seks yg berbeza dari kenormalan. Tu blm lg citer kt afrika selatan ade imam gay yg disanjung masyarakat bebal kt sane, katenye tidak nampak ape2 yg menghalang tabiat kelaminnya dari dia terus mengikuti ajaran islam, astaghfirullahal'azim.. aku x pasti la yg ni didalangi pihak2 tertentu atau satu lagi kes bodoh x boleh diajar, ape pn puncanya kau adelah bangang yg abadi bagi aku. Mungkin inilah jadinya bila Islam itu diamalkan mengikut acuan masing2. Mane2 yg dirasakan tidak sesuai dgn diri atau menyusahkn, perkara2 itu diabaikan dan pura2 tidak dilihat. 

Maaf didahulukan andai ade di kalangan yg membaca blog aku ini adelah penyokong idea songsang ini. Kalau boleh biarlah same2 membuka minda & menerima apa yg aku cuba perkatakan. Islam itu mudah & memudahkan. Frasa ini sendiri boleh diterjemah mengikut tahap pemikiran masing2 hatta tidak hairanlah jika ada yg menyokong kesongsangan seksual ini kerana prinsip seperti yg tersebut. Mungkin aku tak memahami secara keseluruhan naluri mereka yg menyintai kaum sejenis ini tapi adekah perlu tunggu aku untuk memahami & menerima mereka seadanya baru aku boleh berbicara tentang hal ini? Seadanya aku terima mereka diberikan Allah rase yg tidak aku rase namun sekali2 tidak akan aku halalkn perlakuan mereka  dari sesuatu yg telah diharamkan olehNya.

Secara peribadi, aku tak kenal sape2 pn di kalangan teman2 aku yg berselera songsang. Kalau ade yg nk berkawan & bercerita pd aku, mmg aku alu2 kan. Bukan untuk tujuan apa, supaya aku lebih memahami & mungkin ade sesuatu yg boleh aku lakukan bagi memperbetulkan mana2 yg silap. Bukan silap dari pandangan manusia tapi sesuatu yang dikatakan salah oleh Dia yg maha berkuasa. Kenapa aku sibuk2 nk kesah pasal kesongsangan ini? Takdela sibuk2 sgt pn, tp kalau apa yg aku kongsikan ini boleh melambatkan lagi datangnya bala akhir zaman, bukankah itu sesuatu yg baik. Tajuk entry aku agak keras bukanlah bermaksud aku turut mempersoalkn kejadian tuhan, sekadar kebetulan bila melihat cerita itu dan itu katanya, maka aku bentangkan secara terbuka.

Aku punya jawapan aku sendiri untuk tajuk entry aku kali ini namun andai dihuraikan di sini, ia akan menjadi berjela pula. InsyaAllah andai dipanjangkan umur, dikurniakan kelapangan masa & tidak ditarik kembali nikmat akal utk berfikir ini, aku akan menulis jawapan kepada soalan aku sendiri. Buat masa ini, sama-samalah kita renungkan diri masing2 atas segala yg terjadi kepada kita dan memikirkan tentang nikmat Allah yg telah diberikan kepada kita selama ini. Udara, tanaman, matahari, perasaan, air, haiwan ternakan, keluarga, teman2, cinta dan banyak lagi serta nikmat2 yg selalu dilihat sebagai negatif seperti penyakit, kemalangan, ujian, musuh & sebagainya. Sebenarnya islam telah lama mengajar tentang pemikiran positif namun kita jarang melihat melalui perspektif seperti yg disuruh & lebih selesa melihat dr apa yg kita ingin sahaja. Sampai ketemu di edisi seterusnya.

No comments: