Click for supporting the blog, thanks..


Friday, December 31, 2010

Dari menderam kini mengaum... Harap bukan untuk seketika...

Jutaan tahniah aku ucapkan untuk skuad bola sepak kita yg telah meletakkan kembali nama malaysia di peta bola sepak antarabangsa. Untuk yang terus memandang sinis kemenangan pasukan ini terutama yg berkongsi bendera & rukun negara dgn aku, korang boleh teruskn begitu... serius, ade kalian tidak menambah, tiada kalian pn takde ape yg berkurang. Untuk yg sama2 merasakan kebanggaan sbg rakyat di bumi malaysia, boleh la terus membaca coretan dari aku ini.

Kalau nk bercerita tentang bola, aku mmg orangnya. Tapi hari ni bukanlah nk bercerita terperinci tentang bola sepak malaysia, sekadar menyentuh mana2 yg perlu. Bertahun2 sudah kita dihunjam cerita tentang bola sepak kita yg makin merosot dlm ranking FIFA, akhirnya ada sesuatu yg boleh buat kita mengangkat muka. Bertitik tolak dari kemenangan dlm pestabola merdeka (yg mmg kita patut menang byk2 kali sbb kita tuan rumah), kejayaan itu disambung pula dgn kemenangan emas sukan sea pada tahun lalu. Kini buat pertama kali menjulang piala yg membuktikan kita adalah yang terbaik di rantau asia tenggara. Yup, kecik je jd juara kt asia tenggara tp kalo tu pn kita x boleh menang, x payah mimpi la nk genggam piala asia, jauh sekali mimpi nak ke piala dunia. 

Mase 1st leg final main kt bukit jalil, buat pertama kali aku rase nmpak stadium tu penuh dgn penonton. Sorakan yg bergema tu mmg awesome, sesuatu yg dh biase utk pemain2 bola antarabangsa bila beraksi di pentas sendiri. Namun bagi pemain2 muda negara kita, itu adalah sesuatu yg jarang2 berlaku namun boleh jadi selalu andai barisan yang ada terus mempamerkan permainan hebat pada tahap yg layak digelar profesional. Masa depan pemain2 ini tidak dapat dipastikan lagi namun sangat berharap kita tidak lagi melakukan kesilapan sama yang akhirnya menyebabkan kita perlu menunggu lebih lama dari sepatutnya untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak kita. 

Kenapa aku ckp lebih lama dari sepatutnya?.. well, peminat bola sepak tanah air sure fhm tp bg yg sblm ni x penah follow pn bola sepak malaysia, bior le aku citer sket. 2001, sukan sea di Malaysia. Korang tau x kita menang pingat perak?kite hanya tewas pd thailand dlm final game. Kita ade barisan pemain2 hebat cam akmal rizal, hairuddin omar, indra putra, subri sulong, irwan fadli, juzaili sameon, tengku hazman, kamaruzaman hassan dan beberapa nama lagi seangkatan dgn mereka. Selain dari sukan sea, barisan pemain muda ini juga berjaya mempamerkan permainan menarik yg menyaksikan kita mampu menewaskan thailand & singapura di peringkat kumpulan Piala Tiger (sblm dinamakn AFF Suzuki Cup) namun akhirnya tewas di tangan indonesia pada separuh akhir (mase tu xde main timbal balik cam skang neh). 

Then, kita mula bercakap besar tentang kehebatan barisan ini & mula melabel mereka adalah bintang. Pasukan negeri berlumba2 untuk mendapatkn pemain2 terbaik malaysia ini dgn menawarkan gaji yg lumayan. Tak salah semua tu sesuai dgn kemampuan diorg pn. Aku tak tau le sama ada dilimpahi kemewahan ataupun ade faktor2 lain, prlahan2 kemampuan diorg makin hilang taringnya. Main pn cam hampeh dan start kalah dlm game yg patut senang2 boleh menang. Mase tu kritikan & hinaan mmg le mcm ombak laut dtg dan mereka memilih utk terus hanyut di dalamnya. Skang ni muka2 yg aku sebut dlm skuad sea games 2001 tu ade lg main kt malaysian league. Ade yg still jd bintang dlm liga kita & ade gk yg tiap2 tahun struggle utk cari team yg perlukan khidmat diorg. Sedih betul tgk nasib diorg. 

Aku harap org2 kuat dlm bola sepak kita dapat kaji punca2 sebenar kenapa skuad yang punya potensi besar ni berkubur macam tu saja. Salah ambil jurulatih ke? salah training system ke? or salah mentality masing2? aku pn x pasti yg mane satu penyebab sebenar atau mungkin kombinasi kesemuanya namun diharapkn agar penyakit sama tidak berulang. Kebanyakan ahli skuad sekarang ni kekal bermain dlm satu pasukan dlm Harimau Muda A & B, ade gk le a few yg dh blk dgn skuad negeri but sblm ni pernah dlm satu team harimau muda gk. So, they used to play with each other & keserasian tu dh lame dibentuk. Secara mudahnya, kita dah ade asas utk pasukan bola sepak malaysia, ape yg perlu adelah sedikit perubahan yg dirasakan boleh menambahkn kemantapan pasukan. Harapnya, janganlah selepas satu atau dua kekalahan selepas ini, skuad ini dibubarkn dan diganti hampir 100% muka2 baru yg xde keserasian langsung. Memang makin teruk laa jadinya. 

Kekalahan bukanlah sesuatu yg teruk sebenarnya. Iyelah, kalau kita friendly lawan dgn pasukan2 berkelas dunia, kekalahan adelah sesuatu yg boleh dijangka. Namun ape yg penting biarlah kalah dgn bermaruah & bertarung habis2an. InsyaAllah pengalaman dari perjuangan yg tewas itu akan bermakna utk membantu dlm perjuangan berikutnya. Ini dah le buat friendly pn lawan team ala2 jek, kt pdg dok jadi mcm ayam je kena kejar bola kt kaki org lain. Even kalo lwn team world class, dpt possession 40% pn dh kire hebat, buleh control game sndiri, ade attacking strategy, ade shoot on target, ade rezeki dpt gol sebijik dua dh alhamdulillah. 

Well, ni masenye utk kita meraikan kejayaan kita. Tapi bkn bererti ia lesen utk kita leka & mula merasakan yg diri ini tidak terkalah. Nikmati detik2 gembira ini buat seketika, kemudian fokus kembali pada mencari lebih banyak kejayaan. Ibarat sang haiwan yg kekenyangan selepas menikmati buruannya, sesudah itu ia kembali memburu dgn fokus yg sama atau mungkin lebih baik kerana ia laparkan nikmat kekenyangan dari hasil buruan itu. Pemain2 kita perlu mentaliti yg dahagakn kejayaan ini. Dan untuk kejayaan kali ini mereka memang berhak diraikan. Bila mereka tahu betapa puasnya menjulang hadiah kemenangan, mereka pasti akan berusaha utk menang lagi di lain perjuangan. Berusahalah Harimau Malaya!!!...

Note: Masih ternanti2 kemunculan anak JOHO dlm bola sepak malaysia... entahlaa...

1 comment:

Unknown said...

den nk kato....BRAVO bro....
i share your sentiment