Click for supporting the blog, thanks..


Saturday, March 26, 2011

kejam & bodoh

Sedih aku tgk dunia kita sekarang, kejahatan berlaku di mana2. Susah nak faham kenapa perlu berbuat jahat demi kelangsungan sebuah kehidupan. Lagi susah utk mmberitahu pada pemikir sempit supaya percaya yg masih byk ruang kosong di kepala otak batu jemala yang hanya 10% digunakan dlm kehidupan seharian. Mungkin sama susahnya untuk mengajar kembali ibu ketam yg mengajar anaknya shuffle berjalan lurus atau mengajar orang yang pandainya tak boleh diikut, bodohnya maksimum tak mampu diajar. Maka di akhirnya, demi tidak mahu menyesakkan kepala, biarlah kau dengan dunia kau, aku dgn dunia aku.

Hari2 baca surat khabar mesti ade kes jenayah. Kadang2 tu jadi berita utama kt page dpn, terus sensasi satu negara. Statistik polis kata kadar jenayah (sila faham, KADAR) selalu menurun tp sukar utk percaya bila hari2 itu yg dilaporkn utk santapan kita. Dari cerita peragut yg dayus & hina, smpailah ke cerita negara2 sombong sibuk "membantu" negara dunia ke-3 walaupun x pernah diminta untuk membantu. Sengaja aku mengambil contoh jenayah besar yg selalu dimomokkan kepada kita sebagai usaha mendemokrasikan sesebuah negara. Tapi tak perlulah cerita panjang pasal si bodoh yang x boleh diajar itu, konon hebat sangat sampai dialah polis dunia

Profesion baru stok baik punya, meragut kini menjadi kerjaya. Tak cukup dgn pencuri & penyamun, bertambah pula ahli keluarga si penyangak durjana. Si bodoh x mengira mangsa, dari anak kecil yg x fhm apa2 smpailah ke ibu tua yg tidak berdaya. Pantang melihat mangsa di bahu jalan, diragutnya mereka tanpa rela. Sedang apa yg diambil belum tentu berharga, mangsa yang diragut telah pasti derita hingga ada yg hilang nyawa. Nak ku katakan sial, kasihan pd ibunya yg melahirkan namun perkataan bodoh tidak mampu menggambarkan betapa dungunya tindakan yang dilakukan. Inilah si dayus yang sebenarnya, malas berusaha mengambil jalan mudah sahaja, mereka yang lemah dijadikan mangsa, tak payah cerita pahala dosa laa, kalau dh memang dasar penyangak durjana. Kerna itu aku gembira bila membaca di dalam berita, kisah malang si peragut durjana, matinya terjerumus ke longkang dilanggar si mangsa. Moga2 yg lain juga akan menyusul sedemikian rupa hendaknya.

Dari sebuah kebodohan inilah berlakunya kekejaman. Angkara duit ntah berapa sen dlm beg sandang yg diragut, ada yg sampai hilang nyawa terbabas dari motosikal yg hilang kawalan. Yang lagi bangsatnya, dh le diragut, motosikal mangsa tu ditendang biar terbabas. Rasanya x salah kalau aku doa si bodoh ni mati dirempuh bas atau lori sekalipun. Kalu berlaku depan mata aku, mmg aku org 1st yg dtg tolong si bodoh ni,  tolong ucapkan tahniah cukuplaa... Marah betul nmpaknye nada aku arini. Alhamdulillah memang le belum pernah terjadi pada aku & keluarga, dah takkan nak tunggu terhantuk baru nk bersuara? Biar aku sebarkan kemarahan ini, biar kalau boleh aku nk semua org kongsi sentimen yang sama. Kalau si baghal ini malas berfikir & berkira2, bukan mendabik dada tapi biarlah aku yg mengajarnya.

Bila ditahan & lepas kena belasah, 1001 alasan diberi bila jenayah tidak menjadi. Hidup susah, takde pekerjaan, dah 3 hari x makan, anak ramai, bapak sakit, otak terencat, perangai cam khinzir dan mcm2 lagi alasan diberi bila tertangkap. Tu belum cerita lagi si doktor yg xde modal nk dpt ubat utk diri sndiri. Yg ni mmg patut dilanggar keretapi terus dari dulu lagi. Kang kalau aku maki buta2 je, katenye aku tak bagi penyelesaian. Orang lain pun ada masalah masing2, boleh je ikhtiar guna jalan yang betul. hidup ni kenala fikir panjang, jangan buat kerja asal boleh je. Tak payah le berangan idup mcm org kaye kalau ikhtiar pn x seberapa. Nak citer soal dosa & pahala pn lecehla dgn org mcm ni, sembahyang pn ntah ye ntah tidak. 

Orang kata nk perang keganasan jgn dgn keganasan. Kerajaan siap syorkn lg kalo org nk meragut, bagi je jgn dilawan sbb nyawa tu lg penting. Aku dh mula ade rase cam berbelah bagi tentang sapa yg paling bodoh dlm hal ni. Kalo dh siap turun mintak izin sume tu bukan meragut namanya, tu sama je mcm pencuri kt bank, yg meragut ni sbb nk merampas secara mengejut so that mangsa tak boleh nk buat apa2. Habis xkn nk suruh makcik2 yg tgh brjalan tu supaya bersedia sentiasa utk diragut? Kalo camtu serupa gk jadikn peragut tu kerjaya sepenuh masa, declare annual income siap kena income tax lg, bodoh betul laa... then x perlula bg warning AWAS PERAGUT tp tulis je SILA BEKERJASAMA UNTUK DIRAGUT.

Berurusan dgn orang yg berakal bolehlah gunakan diplomasi tapi kalau berakal kenapa buat kerja meragut,kan?.. sama ada mmg tak berakal atau terlalu berharga batu jemala tu untuk digunakan, orang2 mcm ni kena terima padah baru dia faham. Kalau kita memilih untuk mengalah, tak lame lagi memang jadi kerjaya profesional la si bodoh ni semua. Kita yang hidup ni semua akan mati so biarlah mati demi mempertahankan sesuatu yang benar. Biarlah berjuang & berkorban untuk masa depan yg lebih baik bagi generasi seterusnya. Kalau tak pun dikenang dunia, kita sendiri tahu yg pengorbanan itu ada manfaatnya. 

Aku suka kalau tiap2 hari baca berita kes peragut gagal yg mati kemalangan atau lunyai kena pukul. Letak berita depan pn lagi afdhal rasenye. Walaupun si bodoh tu x mungkin bace berita, tp benda yg jd buah mulut org ni cepat je tersebar. At least mase nk meragut nanti kang terngiang2 cerita malang yg dia dengar tu mungkin le terbantut hasrat tu. Untuk yg hati kering & nk meragut kejap lagi, aku doa yg terbaik utk kalian. Mudah2an ade yg terselit bawah bas kilang or lori tanker dlm misi seterusnya, amin... 


No comments: