Click for supporting the blog, thanks..


Wednesday, April 20, 2011

Journey to the east... 2nd day

Hari ni telah menjadi hari brsejarah bg aku kerana 1st time jejak kaki k bumi kelantan. Sedari dulu didengari tentang kecantikan awek2nya kelainan suasananya, akhirnya aku brpeluang melihat sndiri dgn dua biji mata ini. Perjalanan dr kuala terengganu menuju sempadan kelantan bermula awal pagi lagi dlm keadaan kabus masih tebal menyelubungi alam (ceh!). Dengan perut yg masih belum sarapan pagi & muka separa toya, aku betul2 harap yg kelantan tu xdela jauh mane kt depan nu namun akhirnya selamat mencecahkn tayar exora (kaki blm jejak lg) di bumi kelantan slps sejam lebih prjalanan yg aku bantai tido. Kekaguman pertama utk hari itu adelah pabila melihat keadaan jalan & persekitaran yg jauh brbeza sejurus keluar dr bumi terengganu & masuk ke kelantan.

Jalan 4 lane yg dipenuhi kedai di kiri kanan tiba2 brtukar menjadi 2 lane yg ditemani kesunyian desa. Peh, terlalu besar jurang antara 2 negeri berjiran yg ditadbir ideologi berbeza. Seolah2 sengaja dipinggir begitu sahaja dgn kenyataan maaf, kau bukan sebahagian dari kami. Masih dlm keadaan separa terkejut, perjalanan diteruskn & berhenti sarapan pagi di pekan pasir putih yg agak sunyi. Sesungguhnya nasi dagang itu amat sedap namun milo ais yg aku pesan bisa mengundang sang semut menghurung sisa kumbahan yg tidak tercerna kerana terlalu berlebihan manisnya. Serius, rasenye aku x perlukan kemanisan itu andai benar gadis2 kelantan semanis yg meniti di bibir masyarakat selama ini.

Sepanjang perjalanan menuju kota bharu melalui jalan kampung, pemandangan berselang antara pokok2 hutan, rumah2 kampung & sawah padi yang menghijau.. Kebarangkalian untuk bertembung dengan kenderaan2 besar & berat yang sinonim dgn kemajuan industri adalah sangat rendah, jauh bezanya dr merentasi jalan kota tinggi-mersing yg kdg2 trpakse mengalah dgn kegilaan pemandu2  yg kurang adabnya. Suasana kekampungan sangat jelas terlihat dgn sesekali melewati pekan2 kecil utk menuju ke kota bharu. Merentasi kawasan jelapang padi berlatarkan bukit bukau, terasa tenang menatap lukisan alam ini. Rasenye berapa kali je berselisih dgn kereta dari arah bertentangan, sesuatu yang berbeza dari kesibukan jalanraya di bandar2 besar yang menjadi gelanggang permainanku.

Sampai ke kota bharu, nmpaklah sedikit kesibukan. Tiadanya bangunan berlumba2 mencakar langit, kelainan papan2 billboard yg penuh kesopanan serta menyerlahkan kemelayuan & keislamannya, kota bharu dlm kelas yg berbeza dari kota2 lain di bumi bertuah malaysia ini. Alhamdulillah, tercapai hasrat menjejak negeri terakhir semenanjung malaysia yg belum pernah disentuh selama hayat ini, aku sendiri tiada agenda khusus di bumi kelantan ini. Sekadar berpusing2 melihat gewe2 sekitar bandar kota bharu sebelum dibawa menikmati hidangan tengahari oleh seorang teman yg sudi menerima kunjungan dari selatan ini. Menikmati nasi ulam yg terkenal di kota bharu, cukup untuk meredupkan pandangan mata yang semakin lama semakin kabur dalam perjalanan pulang ke kuala terengganu petang itu. Alhamdulillah & terima kasih teman...

Demi mencapai piawai kembara, agenda snorkeling ttp dijalankan walaupun sekadar mandi-manda sambil usyar gewe di Jeram Pasu. Sesungguhnya kesejukan air yang berlumba2 terjun dari puncak itu sampai ke medula oblongata aku & telah melembapkan otak aku berfikir seketika. Puas tak puas, lepas dh nk kecut berendam barulah perjalanan pulang diteruskan seperti dalam rencana. Masih sempat lagi singgah utk pekena kepok lekor sat sejurus kembali ke bumi terengganu sblm meneruskn perjalanan pulang ke kuala. Disebabkn sblh malam tu ade agenda penting di kuala ganu, perjalanan pulang itu sangatlah lajunya sampai terbabas masuk jalan orang akibat salah tgk susur. Alhamdulillah, mujur tak ade ape2 yg buruk pn berlaku.

Final agenda utk hari ke-2 adelah makan malam bersama YB Lotfi di seberang takir (kalo btul la name tmpt tu) sambil mmbincangkan agenda bisnes juta2. Duduk dgn YB mane bley citer2 tepi longkang punye, LOW CLASS!!.. pekena seafood segar mmg lain rasenye apetah lagi hidangan ditaja oleh syarikat YB sendiri, ngeh! ngeh! ngeh! Badan pn dh rase sengal2, otak pn dh melayang mane2 pegi, petanda jelas utk mengakhirkn kembara remaja ranggi utk hari ke-2. So, selesai makan smbil melayan Bintang Popular kt tv, beransurlah sudah ke destinasi masing2 utk hibernasi. Apepun sempat lg melayan kemunculan tiba2 usop wilcha kt tv mlm tu utk menyampaikan anugerah bintang popular kt tv, haha!.. popular betul dh org tua tu skang neh.. Sampai bertemu di hari ke-3!!!

No comments: