Click for supporting the blog, thanks..


Thursday, November 3, 2011

CHANGE!!!

Last wednesday, di tengah2 kesibukan orang menumpang perayaan kaum hindu, aku mengambil kesempatan   melancarkan satu kempen utk diri sendiri. Kempen yg sepatutnya dah lama aku lakukan tapi byk sgt cengkadak yang menangguhkan ianya dari terjelma di alam nyata. Dan demi tidak digelar munafik yang hakiki, aku mengerahkan diri aku sendiri utk menulis pada hari ini demi menjelaskan dgn lebih teghang lagi bersuluh tentang apa yang aku maksudkan dgn kempen CHANGE!!! ini. Yelah, gile kau.. kate nak berubah tp janji yg pertama aku buat kat sini  dah aku mungkiri sesuka hati. So, here i am keeping my own words and to share my view to the world.


Apa yg ingin disampaikan oleh Datuk melalui kempen ini sebenarnya? Minta dijelaskan...

Maafkan saya, tinggi sgt penghormatan utk saya tu.. saya manusia biasa sahaja, tak payah la datuk2 ni.. hek ehem!!!.. Baiklah, terima kasih utk anda yg hadir & brtanyakan soalan pd hari ini. Rasenye semua dah jelas dari segi bahasa yg kempen ini membawa maksud ubah atau tukar. Secara asasnya, ia adalah satu bentuk peringatan untuk diri saya sendiri supaya selalu sedar yang bukan semua yang berlaku sekeliling saya ini adalah sesuatu yang baik walaupun secara peribadi saya tidak kisah dan menerima itu seadanya. Dan meskipun ia sesuatu yang baik, tidak akan pernah salah untuk kita menjadikan ia lebih baik dari keadaan sebelumnya dengan melakukan sedikit perubahan yang juga lebih kepada penambahbaikan dari yang sedia ada.

Dari manakah datangnya ilham atau inspirasi untuk anda hadir dengan kempen ini?

Ia hadir hasil dari pemikiran saya sendiri yg complicated & selalu buat org pening. Saya sentiasa bersyukur dgn hidup ini & menerima apa yg kurang & lebih seadanya keadaan itu namun kadangkala tergerak di hati yg kemungkinan untuk ia boleh menjadi sesuatu yg lebih baik jika ade sesuatu yg saya dapat lakukan di situ. Saya berpegang pada konsep lebih rendah pengharapan anda, lebih banyak anda akan menikmati hidup ini. Betul, saya memang menikmati hidup tapi dalam masa yang sama keadaan statik membuatkan saya sedikit bosan. Bukanlah bosan sampai tahap nak lempang muka sndiri, sekadar bosan rase cam nk gi karaoke dgn geng2 vokal jek.

kita selalu mendengar yg Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak merubah diri mereka sendiri, kan?.. dalam skop yg luas memanglah disebut kaum tapi yang membentuk kaum itu adelah sekumpulan individu yang berkongsi identiti yang sama dan hidup secara bermasyarakat. Jadi, secara langsung atau tidak sebarang perubahan yg dilakukan oleh individu akan mmberi kesan pd individu yg lain dlm masyarakat yg sama yang memungkinkan idea perubahan itu dikongsi secara berjemaah dan seandainya ia memang sesuatu yang baik, maka tidak salah ia menjadi transformasi pada masyarakat atau kaum.

Paham ke tak ni? haa, ni aku dh ckp mcm ahli politik gayenye. Dalam contoh yg mudah, untuk menggerakkan bas yang rosak, adalah lebih mudah jika semua orang turun dan masing2 mengambil peranan kecil menolak bas tersebut dari hanya beberapa orang yg bertanggungjawab turun & menolak sedang yang lain duduk mengomel & mengeluh dlm bas yg brgerak perlahan2 ditolak oleh beberapa orang yang dh mcm separuh nyawa nk tolak bas tu. Kalaupun tak nak tolak, turun je la dr bas utk meringankan beban orang yg nk tolak bas tu dh kire bagus la tu,it's fine if you don't want to join them, but please don't make it harder for them. And please.. jgn tanye soklan sentul apasal pegi tolak bas tu? Anggap je ni lumbe bas sape sampai garisan penamat dulu & ade 100meter lg nk smpai garisan penamat.. :p

Penjelasan yang agak panjang, tapi tidak ke anda rase agak poyo siap buat2 press conference ni tapi program ni belum nampak apa2 hasil yang ketara?

Well, satu soalan yang bagus tapi inilah stereotype orang2 kita neh. Sengaja saya memilih untuk melancarkan secara terbuka kepada dunia sebab saya nak seberapa ramai teman2 utk tahu dan membantu menjadikan ia satu realiti. Boleh saja kalau saya berdiam diri dan memasang niat untuk berubah dlm hati sendiri, lepas tu kalau dah berjaya barulah dihebohkan pada khalayak & kalau tak jadi pon, sape yg tau, kan? Bagus jugak sebab saya pun tak akan rase malu & perlu menjelaskn diri tentang punca kegagalan. Hakikatnya, saya perlukan ketakutan untuk gagal itu menjadi pemangkin untuk saya terus berusaha merealisasikan idea dalam processor yg ligat di atas kepala ini. Dan ingin saya jelaskan yang anda bersama-sama stereotype anda itu sesungguhnya tidak membantu menjadikan keadaan lebih baik. Kita berkongsi dunia ini, udara yang sama, alam sekitar yang sama, air yang sama dan banyak lagi yang dikongsi, maka kenapa tidak dikongsi bersama sesuatu yg lebih intim seperti cita2, impian, susah & senang, kisah gembira & sedih, atau dalam hal ini ketakutan untuk gagalnya sebuah impian. Kalau saya tak berani untuk bercakap pun tentang hal ini, tak payah le fikir jauh2 nk impikan ia jd nyata. Baik teruskan je hidup selesa sebelum ni & biar org lain yg amik ikhtiar tu, kan? kan?

Jadi, bagaimanakah projek ini akan dijalankan?

Ade beberapa fasa penting untuk memastikan kejayaan projek ini namun yang paling asas adalah perubahan pada diri sendiri. Maka untuk itu saya akan letakkan tanda CHANGE!!! ini pada beberapa lokasi yg mudah dilihat dan sentiasa mengingatkan saya tentang perlunya perubahan itu. Kadangkala kita tidak berubah langsung sbb pada masa keinginan untuk berubah itu tinggi, keadaan tidak mengizinkan namun bile keadaan mengizinkan, kite pula yg tidak terasa keperluan untuk berubah pada masa itu. Jadi dengan meletakkan reminder ini,kita boleh kiv dahulu perubahan semasa keadaan tidak mengizinkan dan kembali semula bila semuanya sudah ok. Dan juga bila melihat tanda CHANGE!!! ini di mana2 akan sentiasa mengingatkan saya utk terus berubah selari dengan arus dunia yg berubah dgn cepat. 

Rasenye cukuplah sebagai pengenalan dulu untuk kali ini. Jadi, jika anda ade melihat tag CHANGE!!! ini di mana2, mungkin bermakna saya telah sampai ke sana untuk mengubah sesuatu, hahaha!.. Ade org marah sbb katenye benda yg dh elok buat apa nak diubah2 lagi tapi saya kata benda yang dah elok tu la yg kita kena ubah, bukan ubah benda tu tapi ubah cara kita menilainya. Jadi, bila sebut tentang berubah ni bukanlah mesti sesuatu itu perlu diubah tetapi cara kita berhadapan atau cara kita menilai yg perlu diubah. Sebab seperti saya katakan, perubahan itu perlu bermula dari diri kita sendiri dan bukannya pada sesuatu yg kita tidak sukai.

SEMOGA ANDA MELALUI HARI YANG INDAH!!!

p/s: maaf kerana lewat sedikit ia ditulis dan disiapkan, saya tiada alasan maka silalah mmberikan kata2 kutukan seperti yg telah direlakan dlm entry sebelum ini.... 

1 comment:

Syazlin Sazali said...

pengenalan pon dah suspen! :)