Click for supporting the blog, thanks..


Tuesday, June 7, 2011

Aku, engkau, kita, dia & mereka...

Eh, suka hati aku le nk buat ape pn? ape ko kesah? bukan aku menyusahkn hidup ko pn...

Aku buat biar aku yg tanggung, ko x payah ambik peduli pun...

Ni hal aku dgn dia, ko jangan masuk campur

Well, contoh2 di atas ni adelah merujuk pd sebahagian dr kata2 yg biase kite dengar hasil dr satu konfrontasi. Kebiasaannya, ia datang dalam tone marah & kurang peduli tentang hal2 lain  waima hati & perasaan org yg dihamburkan dgn kata-kata ini. Reaksi mudah dari aku senang je..

X bley buat ape la beb sbb kebodohan ko yg memanggil2 aku utk amik port skang ni..

Satu jawapan yg kurang lebih dgn bunyi ko ingat aku hingin sgt nk sebok2 or dlm bahasa yg lebih mulia maaf, izinkan saya untuk mencelah.. mulia, kan? siap mintak izin lg..

Mungkin ada yg tertanya2 apa yg aku nk smpaikn sebenarnya dr contoh keadaan di atas neh. Bagi yg dh faham atau agak2 faham, meh le same2 kongsi dari sudut pemikiran aku plak ye. Sebenarnya ini adelah contoh keadaan bila mana kau brhadapan dgn org yg rasa cuma dia seorang je yg hidup dalam dunia ni. Namun disebabkn kemustahilan itu, keadaan yg lebih jelas adelah org yg beranggapan bahawa apa jua tindakan yg dia ambil tidak akan memberi kesan pada orang lain. Berfikir secara jual ikan (selfish) dan seterusnya membuat keputusan tanpa memikirkan sedalam2nya kesan dari tindakan yang dihasilkan.

Bagi pemikir jumud sebegini, dunia dia terasa kecil sahaja. Dengan zon selesa yg sepadan dengan keperluan diri, mereka2 ini langsung tidak mahu keluar dari kepompong dan melihat kehidupan dari sudut yg lebih luas. Mungkin bg mereka2 ini, bila hari ini mereka bersuara & bertindak pada seseorang yg lain dan seseorang itu tiada kaitan secara langsung dgn kita (kenalan atau saudara), kita sepatutnya tidak perlu rasa apa2 atau cuba2 untuk mengganggu urusannya. Katanya, aku tidak ganggu kau jadi kau jangan ganggu urusan aku.. malah ada yg sgt marah bila ditegur sehingga berkata kubur kita masing2, kenapa kau perlu risau akan urusanku?

Sememangnya boleh buat kita tergamam seketika bila ditegur sebegitu seolah2 dia tidak senang betul dengan tindakan kita. Di atas ini adalah contoh2 yg extreme, sebenarnya dalam hidup seharian pn byk lg situasi seperti ini berlaku. Tidak semestinya dlm bentuk offensive yg menyerang bila ditegur, ada yg memilih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja atas sbb defensive iaitu tidak mmbenarkn kehidupan sndiri dibuka utk diserang oleh orang lain. Orang2 yg bersifat defensive ini tidak merasakan diri mereka brsalah dgn menutup pintu kpd org luar namun secara tidak sedar itu adalah satu tindakan brsifat pentingkan diri juga. Kenapa aku kate camtu? senang je.. berbalik le pd teori aku x kacau kau so kau jgn kacau aku.. bukan ke tu sebahagian sikap pentingkn diri sendiri?

Sengaja aku memilih utk brcakap tentang hal ini kerana sedih rasenye dgn cara hidup kite zmn sekarang ni. Dengan mak bapak yg x puas hati anak ditegur guru, pekerja yg mmberontak bila hal2 peribadinya ditegur majikan, adik beradik putus saudara hanya kerana tidak sependapat dlm sesetengah perkara dan mcm2 lagi la contoh krisis yg brlaku dr sikap jual ikan ini. Aku tau cerita brmusuhan & brkelahi ni mmg bukan cerita baru tp suatu masa dulu kita kurang mendengar org brgaduh atas sebab2 yg sebodoh ini. Seolah2 bergerak dengan kemajuan dunia & kemodenan manusia berfikir, adab sopan & nilai2 murni semakin lama semakin tiada tempat di hati kita. Terasa diri sendiri adalah yg paling pandai dlm segalanya smpai tidak boleh ditegur walau yg menegur adalah ahli dlm bidang yg trsebut. Maka kesudahannya, kau dengan dunia kau, biarkan aku dlm dunia aku

Boleh saja utk aku memilih brdiam diri & mengikut lenggok dunia kini tp sungguh, aku x selesa begitu. Hidup meriah, penuh dgn hiruk pikuk manusia sekeliling sedang hakikatnya kau brsendirian dlm dunia ini. Org terus2 melihat kau mempamerkn kebodohan sndiri tanpa niat utk mmperbetulkn kerana takut mendapat seorang musuh tanpa diminta sedang kau tak pernah tau yg kebodohan kau itu menjadi bahan tawa buat mereka. Tak salah bile kite senyum & terima bila ditegur. Percaya atau tak, logik atau tidak, perlu diikuti atau diabaikan, itu pilihan yg kita boleh buat kemudian. Kita patut berterima kasih kerana ada yg masih mahu menegur dari membiarkn kita selesa dlm kebodohan sendiri.

Berkata begini bukan bererti aku menghalalkn sikap kak nam yg menjaga tepi kain org smpai lupe makan minum laki & anak2 kt umah. Janganlah atas tiket mengambil berat sesama manusia, kau mendengar rintihan hati lantas dijaja cerita smpai ke mana-mana. Itu dh jadi satu masalah lain pulak. Berpada-padalah sekadar mengambil berat ape yg terzahir, x perlu nk cungkil2 rahsia hati pulak. Kadang2 bile jadi org yg trlebih prihatin pn susah jugak. Aku ni bukanlah betul sangat sampai nk mmpersoalkn cara hidup orang lain cumanya atas dasar kita ni sama2 duduk di dunia yg sementara, eloklah kita brkongsi2 apa yg ada sebelum dihitung cerita masing2 kat sana nanti.

Anyway, ini hanyalah sekadar nasihat utk diri sendiri & teman2 yg masih mahu menerima. Kalo baik utk dijadikn ikutan, alhamdulillah namun kalau sebaliknya, maafkanlah hamba yg berkata2. Kita hidup kt dunia ni dh hampir lengkap semuanya, tinggal nk penuhkan dgn kasih sayang sesama kita sahaja. Percayalah yg selagi kita berkongsi udara di atas bumi yg sama, kita akan saling berkait. Apa gk yg aku buat hari ini, kalo x meninggalkn kesan pada kau sekarang mungkin suatu masa nanti tetap akan kembali pd kau & begitu sebaliknya. Jadi sebelum mengambil apa2 tindakan, fikirlah panjang2 & jgn terlalu ikutkn gelojoh nafsu atau hati yg marah. Dan tolonglah peduli walaupun pada orang yg x peduli... 

1 comment:

saudagar gaRAM.. said...

perghh...
..gua mode insap..