Click for supporting the blog, thanks..


Monday, April 25, 2011

Hidup tidak semudah putaran roda..

Orang kate hidup ni ibarat roda, ade mase kt bawah, ade kalanya kat atas. Ade sikit betul tapi aku tidak setuju sepenuhnya. Kenapa? sebab hidup ni mudah diramal kalo ibarat putaran roda. Mane taknye, bile ko kt bawah ko tau yg sedikit mase lagi ko akan naik dan duduk di atas pula. Bila kau di atas, kau pasti akan bersiap sedia dengan sebenar-benarnya kerana kau tahu yang kau akan turun ke bawah pula tidak lama lagi. Melengkapkan kitaran itu, kau sekadar perlu bersedia utk satu kemungkinan sahaja, sama ada selepas ini kau pasti naik ke atas atau dh tiba masa kau duduk di bawah. Dan untuk setiap kedudukan itu, kau mempunyai masa yang sama panjangnya, takdelah yang complain sekejap idup senang, lepas tu susah untuk selamanya. 

Hmm, senang betul hidup ni kalau macam tu. Dan mungkin agak adil sebab semua orang akan merasa laluan yang sama berulang-ulang. Tapi tulah dia, ade sape2 yg boleh pasti skang ni dia sebenarnya ade kt bhgn mane dalam roda kehidupan itu? Di ataskah? sedang menaikkah? atau sedang melalui hari2 buruk yang berpanjangan di bahagian bawah? Habis, x boleh ke guna perumpamaan tu? Eh, suka hati le nk guna ke tak.. aku sekadar bagi pendapat aku je, berfikir jauh luar dari kotak. Sebab aku selalu dengar orang kate hidup ni mcm roda, kadang2 atas dan kadang2 kat bawah, tapi bila duduk dlm satu kitar, kita patut dh tau yang sekarang ni mase kita kt atas atau kat bawah. 

Jadi, hidup ni ibarat apa? Aku belum jumpa lagi sesuatu yg pasti utk menggambarkn kitaran dlm hidup ni. Tapi agak sukar nak menerima roda yg bulat terutamanya bila fikir balik betapa berat & susahnya untuk naik ke atas tapi sangatlah senang untuk turun ke bawah semula. Dan siapa yang tau bila dia duduk kt bahagian bawah roda yang dia tidak akan turun jauh lebih ke bawah lagi? Begitu juga dengan yg sedang di atas, tak boleh naik atas lagi ke? hanya bersedia utk jatuh ke bawah semula dalam kitaran itu. Ade yang mencadangkan hidup ni macam naik roller coaster, ade turun dan naiknya sepanjang perjalanan. Sama jugak bagi aku ceritanya. Memang le ade turun naik tapi sebelum ko naik roller coaster tu ko dh tgk laluan perjalanan dia & boleh bersedia pada saat2 diperlukan. Sedang dalam hidup yang sebenar, kau perlu bersedia sentiasa untuk apa jua yang mendatang pada bila2 masa dalam fasa kehidupan ini. 

Hidup ini indah kerana kau tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jadi kau perlu bersedia utk apa jua yg akn menjelma. Tapi kalau perlu bersedia setiap masa, bukankah itu sesuatu yg mmberi ketegangan? Hmm, tulah masalahnya bila bersedia tu terlalu difikirkan utk perkara2 yg menakutkan. Bersedia utk menghadapi ujian, sedia utk ditemuduga, sedia utk kena marah dan macam2 lagi sedia sebab kita rasa sukar untuk menerima satu kemungkinan dari dua yang tersedia di hujung cerita. Bersedia yg aku maksudkn di sini adelah sentiasa menyediakn hati yang trbuka utk menerima natijah dari tindakan atas tiap cubaan yang mendatang. Menerima seadanya sesuatu yang telah tertulis pada takdir walaupun agak berat terutamanya bila yg terjadi tak seindah sesuatu yg dimimpikan. Bukan ke kita selalu berkata yg Dia adelah sebaik2 perancang, maka terimalah apa yg berlaku itu sebagai suatu hikmah yg mungkin kita belum sedari.

Aku menulis ini bukan kerana hendak menongkah arus atau menjadi seorang yang berbeza. Sekadar nk kite same2 buka akal & fikiran utk melihat yg kitar hidup kita ini bukanlah ibarat pusingan roda apatah lagi ibarat seekor hamster yg berlari2 di atas roda yg berputar ligat. Kitaran hidup yg jelas kita sama2 akan lengkapkan hanyelah DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA AKAN KEMBALI... maka tatkala itu telah lengkaplah kitaran hidup kita di dunia yg fana ini di mana setiap dari kita melalui jalan cerita yang berbeza2. Kisah sedih aku mungkin gelak tawa bagi kau, sedang cerita sedih kau belum tentu mengundang tawa utk aku. 

No comments: