Click for supporting the blog, thanks..


Saturday, January 23, 2010

2009 in memories...


Welcome 2010.. farewell 2009... Dh lebih separuh bulan January berlalu, selama tu jugak la kite dah tinggalkn tahun 2009. Rasenye x byk peristiwa besar dlm hidup aku berlaku pd tahun lps selain dari kebodohan aku utk terus mempertahankn rasa kasih & cinta yg sia-sia. Keinginan yang terlalu untuk mencari kebahagiaan bersama seorang yg tidak pernah anggap aku lebih dari seorang abang, akhirnya mengundang padah pada diri sendiri. Namun aku ttp bersyukur kerana kepedihan kali ini tidak begitu ketara untuk dibandingkan dengan apa yang pernah aku rasekan pada zaman kejahilan aku suatu mase dahulu. Ah, bukan itu yang ingin dibicarakan dalam ruang kali ini.. sekadar mahu berkongsi peristiwa2 yang berlaku sepanjang 2009, tidak disusun mengikut turutan, hanya secara rawak dari apa yang trtinggal di sudut ingatan.

1. Travel to Terengganu

Buat pertama kali aku sampai ke Kuala Terengganu & mengagumi keindahan dunianya yang mmpersonakanku. 5 hari kt sane mmg happening giler smpai aku blk JB  demam2 pn ttp terase puas. Thanks to Che Un & Bijan yang menyambut kedatangan aku ke sane. Utk mengetahui dgn lebih jelas cerita perjalanan ke kuala terengganu ni, silalah click di sini.  Byk tempat2 menarik aku dpt tgk & pengalaman snorkeling adelah sesuatu yg x dpt digambarkn dgn kata2...




2. Pemergian Allahyarham Faizal Othman

Sebak yg teramat sangat pada kali pertama aku mendapat berita ini melalui akhbar. Luruh air mata bila memastikan kebenaran berita melalui mulut ayahnya sendiri yg menjawab panggilan ke nombornya. Pemergian seorang teman yg sgt dekat denganku walau jarang bertemu. Sehingga hari ini pn masih lagi sedikit terkilan kerana beberapa perkara yang tak sempat trtunai semasa hayatnya. Peristiwa ini telah aku tuliskn juga sebelum ini bawah tajuk Perginya Seorang Teman. Al-Fatihah utk Allahyarham Mohd Faizal Othman yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2009, moga rohnya dicucuri rahmat, amin...




3. Majlis Perkahwinan Bro Lamb

Penghujung Bulan Mei & Awal bulan Jun merupakan detik2 bahagia buat my best buddy, Inche Labbu.. Majlis perkahwinan beliau sekaligus mengakhiri zaman bujang menjadi sibuk utk aku gak dh mcm wedding planner & photograph cover. Baru nk blajo2 snap nice shot mase ni, alhamdulillah banyak gk gambo2 yg ok kt sini. Well, my best buddy dh selamat jadi suami & now tgh menunggu saat menjadi ayah.. Alhamdulillah, murah rezekinya. InsyaAllah aku plak akan menurut lepas ni or mungkin bg maknang dulu kot then baru aku follow, huhu!... Detik bahagia ni turut aku tribute dlm blog sblm ni, tgk le entry ni..




4. Kepulangan Seorang Saudara

Dalam tahun ni gk adik aku yg belajar kt Mesir dh tamatkn pengajian dia selama 3 tahun kat sane dan kembali ke tanah air. Alhamdulillah segala kerja keras dan pengorbanan selama 3 tahun ni telah berbaloi. Air mata mak dah tak tumpah lagi sbb selalu terkenang anak kesayangan dia hidup kt tempat orang. Time raye lagi la berbaldi2 hujan turun sbb sedih sangat sampai x nak sambut raye so raye ni kire mak buleh gembira kembali sbb anak2 dia semua dapat berkumpul same2...




5. Kedatangan Sesuatu yang Baru

Well, sejajar dengan kepulangan adik aku dari Mesir, aku pn terpakse la handover white canary aku pada dia seperti yang dijanjikan. So, dgn itu maka tibalah masenye utk aku mendapatkn yg baru utk mmbolehkn aku senang bergerak ke mana2.. Dlm keadaan x sempat nk cari duit byk buat bayo muke, aku pn deal la dgn seorg rakan utk mendapatkn kereta buatan Malaysia pada harga yang mampu utk aku miliki. So, x smpai sebulan aa lps adik aku blk & amik alih kereta aku, maka aku pn telah dapat pengganti, huhu!.. okla, beso sket & senang nk angkut satu family g mane2...




Hmmm.. rasenye ni lah antara peristiwa2 besar bg aku yg berlaku pada 2009. Even 2009 bukanlah tahun yg akn jadi kenangan terindah, namun dgn semua peristiwa2 berlaku ni aku rase tahun 2009 ttp penuh dgn warna. Rasenye byk lg benda2 kecik x kirela happy or sad moment yg berlaku dlm 2009 tp aku dh x brape nk ingatlah. Yg teringat ni pn sbb mostly aku penah buat entry dlm blog sblm ni, huhuhu!.. so, sape kate blogging ni x bagus.. At least buleh gk jd mcm diary utk recap blk perjalanan hidup aku & muhasabah diri. Well, aku betul2 harap utk 2010 ni aku akan kembali aktif menulis walau sesibuk mane pn hidup aku setiap hari. Aku pernah berazam utk buat at least 5entry sebulan pd 2009 tp dr January lg dh gagal, huhu!.. so x payahla nk letak target ape2, as long aku buleh keep menulis ape yg aku suke, then it's just fine... Chaiyok!..


Treasure All The Sweet Memories, Swallow all those bitter moment...