Click for supporting the blog, thanks..


Monday, January 3, 2011

Happy New Year 2011!!!!...

Hari ini dh hari ke-3 dalam tahun 2011. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada sekalian penduduk bumi yang menggunakan kalendar gregory seperti aku. Bukan mengagungkan ciptaan agama lain, tapi terpaksa hidup bersama sesuatu yang telah diterima menjadi norma dalam hidup. Jangan la pulak ada yang mempersoalkan ucapan tahun baru ini seolah2 aku tidak islamik, rasenye islam sendiri tidak melarang kita untuk menerima sesuatu yang lain asalkn ia tidak bercanggah dengan syarak. Senang cerita, tak perlu la nk dipanjangkan isu ini sampai menjadi perdebatan plak antara kita sesama muslim.. ada banyak lagi yang boleh kita lakukan utk agama & lebih bermanfaat dari sebuah perdebatan.

Seorang cendekiawan pernah berkata "Orang optimis tidak sabar untuk menunggu permulaan tahun baru, orang pesimis tidak sabar untuk menunggu pengakhiran tahun lama.." yg antara lain melihat kedatangan satu hari yg sama melalui perspektif berbeza. Benar, kalau kita kekal positif, insyaAllah kita boleh mempengaruhi hal2 lain untuk sama2 jadi positif. Sesuatu yang pernah dipelajari dlm Law Of Attraction tapi agak sukar utk dijadikn tabiat seharian. Well, tak perlu la nak menuding jari menyalahkan mana2 pihak atas kegagalan ini, terima semuanya sebagai kekhilafan diri yang selalu hanyut dalam arus gelombang kehidupan. 

Buat pertama kali aku menyambut ketibaan jam 12 tahun baru dengan melihat bunga api. Serius, tak pernah berhajat atau merancang utk menyambut, ditakdirkan aku terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sewaktu pulang dari menonton wayang (yg aku tido pd sbhgn jln ceritanya..) dan akhirnya aku ditertawakan teman bila mana aku mengatakan itulah saat paling indah untuk sebuah kesesakan & aku rela untuk terus kaku dlm sesak hanya utk melihat kembang api (kata indon yg kalah main bola..). Selalu ade gk tgk bunga api dlm tv tp cam xde feel ape2 pn.. bile tgk live camneh, uii.. baru aku faham kenapa orang sanggup berpusu2 tiap kali sambutan tahun baru berlangsung. Tapi ini bukanla bererti agenda utk tahun baru yg akan datang aku akan menjadi sebahagian mereka kerna sesungguhnya aku lebih rela duduk jauh dari trperangkap dgn kesesakan lalulintas, manusia yg berpusu2 dan hiruk pikuk kebisingan pesta. 

Hari pertama dalam tahun baru, JOHO mmg x amik public holiday. Tapi disebabkn ia jatuh pada sabtu pertama dlm bln itu, makanya company juga bercuti. Tapi tidak bagi aku & teman2 yg trlibat dgn projek sama sepertiku. Kami terus bekerja demi untuk memastikan hanya saki baki yg benar2 tidak berkesempatan sahaja akan diselesaikn di perairan india nanti. Panggillah ape2 pn, pengorbanan ke, gile kerja ke, komited yg amat ke, kipas bos ke.. ikut suke mulut masing2 la. Bagi aku sendiri, agak berat juga kaki melangkah sbb dh hampir sebulan rasenye balun keje hari2 & blk smpai malam, mungkin dah mase utk berehat seketika. Hari kedua juga sama rutinnya, mujurlah hari ini dh belayar platform itu, fuhhh!!... bon voyage.. i'll see u in mumbai later bhai..

So, mengambil kesempatan yang ada ni untuk mengucapkn selamat tahun baru kepada teman2 & musuh2 (kalo ade laa..) aku sekalian. Yang ade buat azam baru, mulakanlah berusaha untuk memastikan azam bukanlah hanya tinggal pd seseorang yg bernama Azam sahaja. Bagi yg tidak meletakkan sebarang target, tidak menjadi masalah asalkan anda happy, dunia ttp berputar seperti hari2 yg berlalu. Bagi aku, tiap2 tahun aku nak melalui ia lebih baik dr tahun sebelumnya namun utk cerita 2010, agak sukar untuk mengatasinya. InsyaAllah di lain kesempatan aku akan coretkan untuk berkongsi dgn dunia. 

HAVE A NICE YEAR!!!...

No comments: