Click for supporting the blog, thanks..


Monday, April 25, 2011

Hidup tidak semudah putaran roda..

Orang kate hidup ni ibarat roda, ade mase kt bawah, ade kalanya kat atas. Ade sikit betul tapi aku tidak setuju sepenuhnya. Kenapa? sebab hidup ni mudah diramal kalo ibarat putaran roda. Mane taknye, bile ko kt bawah ko tau yg sedikit mase lagi ko akan naik dan duduk di atas pula. Bila kau di atas, kau pasti akan bersiap sedia dengan sebenar-benarnya kerana kau tahu yang kau akan turun ke bawah pula tidak lama lagi. Melengkapkan kitaran itu, kau sekadar perlu bersedia utk satu kemungkinan sahaja, sama ada selepas ini kau pasti naik ke atas atau dh tiba masa kau duduk di bawah. Dan untuk setiap kedudukan itu, kau mempunyai masa yang sama panjangnya, takdelah yang complain sekejap idup senang, lepas tu susah untuk selamanya. 

Hmm, senang betul hidup ni kalau macam tu. Dan mungkin agak adil sebab semua orang akan merasa laluan yang sama berulang-ulang. Tapi tulah dia, ade sape2 yg boleh pasti skang ni dia sebenarnya ade kt bhgn mane dalam roda kehidupan itu? Di ataskah? sedang menaikkah? atau sedang melalui hari2 buruk yang berpanjangan di bahagian bawah? Habis, x boleh ke guna perumpamaan tu? Eh, suka hati le nk guna ke tak.. aku sekadar bagi pendapat aku je, berfikir jauh luar dari kotak. Sebab aku selalu dengar orang kate hidup ni mcm roda, kadang2 atas dan kadang2 kat bawah, tapi bila duduk dlm satu kitar, kita patut dh tau yang sekarang ni mase kita kt atas atau kat bawah. 

Jadi, hidup ni ibarat apa? Aku belum jumpa lagi sesuatu yg pasti utk menggambarkn kitaran dlm hidup ni. Tapi agak sukar nak menerima roda yg bulat terutamanya bila fikir balik betapa berat & susahnya untuk naik ke atas tapi sangatlah senang untuk turun ke bawah semula. Dan siapa yang tau bila dia duduk kt bahagian bawah roda yang dia tidak akan turun jauh lebih ke bawah lagi? Begitu juga dengan yg sedang di atas, tak boleh naik atas lagi ke? hanya bersedia utk jatuh ke bawah semula dalam kitaran itu. Ade yang mencadangkan hidup ni macam naik roller coaster, ade turun dan naiknya sepanjang perjalanan. Sama jugak bagi aku ceritanya. Memang le ade turun naik tapi sebelum ko naik roller coaster tu ko dh tgk laluan perjalanan dia & boleh bersedia pada saat2 diperlukan. Sedang dalam hidup yang sebenar, kau perlu bersedia sentiasa untuk apa jua yang mendatang pada bila2 masa dalam fasa kehidupan ini. 

Hidup ini indah kerana kau tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jadi kau perlu bersedia utk apa jua yg akn menjelma. Tapi kalau perlu bersedia setiap masa, bukankah itu sesuatu yg mmberi ketegangan? Hmm, tulah masalahnya bila bersedia tu terlalu difikirkan utk perkara2 yg menakutkan. Bersedia utk menghadapi ujian, sedia utk ditemuduga, sedia utk kena marah dan macam2 lagi sedia sebab kita rasa sukar untuk menerima satu kemungkinan dari dua yang tersedia di hujung cerita. Bersedia yg aku maksudkn di sini adelah sentiasa menyediakn hati yang trbuka utk menerima natijah dari tindakan atas tiap cubaan yang mendatang. Menerima seadanya sesuatu yang telah tertulis pada takdir walaupun agak berat terutamanya bila yg terjadi tak seindah sesuatu yg dimimpikan. Bukan ke kita selalu berkata yg Dia adelah sebaik2 perancang, maka terimalah apa yg berlaku itu sebagai suatu hikmah yg mungkin kita belum sedari.

Aku menulis ini bukan kerana hendak menongkah arus atau menjadi seorang yang berbeza. Sekadar nk kite same2 buka akal & fikiran utk melihat yg kitar hidup kita ini bukanlah ibarat pusingan roda apatah lagi ibarat seekor hamster yg berlari2 di atas roda yg berputar ligat. Kitaran hidup yg jelas kita sama2 akan lengkapkan hanyelah DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA AKAN KEMBALI... maka tatkala itu telah lengkaplah kitaran hidup kita di dunia yg fana ini di mana setiap dari kita melalui jalan cerita yang berbeza2. Kisah sedih aku mungkin gelak tawa bagi kau, sedang cerita sedih kau belum tentu mengundang tawa utk aku. 

Wednesday, April 20, 2011

Journey to the east... 2nd day

Hari ni telah menjadi hari brsejarah bg aku kerana 1st time jejak kaki k bumi kelantan. Sedari dulu didengari tentang kecantikan awek2nya kelainan suasananya, akhirnya aku brpeluang melihat sndiri dgn dua biji mata ini. Perjalanan dr kuala terengganu menuju sempadan kelantan bermula awal pagi lagi dlm keadaan kabus masih tebal menyelubungi alam (ceh!). Dengan perut yg masih belum sarapan pagi & muka separa toya, aku betul2 harap yg kelantan tu xdela jauh mane kt depan nu namun akhirnya selamat mencecahkn tayar exora (kaki blm jejak lg) di bumi kelantan slps sejam lebih prjalanan yg aku bantai tido. Kekaguman pertama utk hari itu adelah pabila melihat keadaan jalan & persekitaran yg jauh brbeza sejurus keluar dr bumi terengganu & masuk ke kelantan.

Jalan 4 lane yg dipenuhi kedai di kiri kanan tiba2 brtukar menjadi 2 lane yg ditemani kesunyian desa. Peh, terlalu besar jurang antara 2 negeri berjiran yg ditadbir ideologi berbeza. Seolah2 sengaja dipinggir begitu sahaja dgn kenyataan maaf, kau bukan sebahagian dari kami. Masih dlm keadaan separa terkejut, perjalanan diteruskn & berhenti sarapan pagi di pekan pasir putih yg agak sunyi. Sesungguhnya nasi dagang itu amat sedap namun milo ais yg aku pesan bisa mengundang sang semut menghurung sisa kumbahan yg tidak tercerna kerana terlalu berlebihan manisnya. Serius, rasenye aku x perlukan kemanisan itu andai benar gadis2 kelantan semanis yg meniti di bibir masyarakat selama ini.

Sepanjang perjalanan menuju kota bharu melalui jalan kampung, pemandangan berselang antara pokok2 hutan, rumah2 kampung & sawah padi yang menghijau.. Kebarangkalian untuk bertembung dengan kenderaan2 besar & berat yang sinonim dgn kemajuan industri adalah sangat rendah, jauh bezanya dr merentasi jalan kota tinggi-mersing yg kdg2 trpakse mengalah dgn kegilaan pemandu2  yg kurang adabnya. Suasana kekampungan sangat jelas terlihat dgn sesekali melewati pekan2 kecil utk menuju ke kota bharu. Merentasi kawasan jelapang padi berlatarkan bukit bukau, terasa tenang menatap lukisan alam ini. Rasenye berapa kali je berselisih dgn kereta dari arah bertentangan, sesuatu yang berbeza dari kesibukan jalanraya di bandar2 besar yang menjadi gelanggang permainanku.

Sampai ke kota bharu, nmpaklah sedikit kesibukan. Tiadanya bangunan berlumba2 mencakar langit, kelainan papan2 billboard yg penuh kesopanan serta menyerlahkan kemelayuan & keislamannya, kota bharu dlm kelas yg berbeza dari kota2 lain di bumi bertuah malaysia ini. Alhamdulillah, tercapai hasrat menjejak negeri terakhir semenanjung malaysia yg belum pernah disentuh selama hayat ini, aku sendiri tiada agenda khusus di bumi kelantan ini. Sekadar berpusing2 melihat gewe2 sekitar bandar kota bharu sebelum dibawa menikmati hidangan tengahari oleh seorang teman yg sudi menerima kunjungan dari selatan ini. Menikmati nasi ulam yg terkenal di kota bharu, cukup untuk meredupkan pandangan mata yang semakin lama semakin kabur dalam perjalanan pulang ke kuala terengganu petang itu. Alhamdulillah & terima kasih teman...

Demi mencapai piawai kembara, agenda snorkeling ttp dijalankan walaupun sekadar mandi-manda sambil usyar gewe di Jeram Pasu. Sesungguhnya kesejukan air yang berlumba2 terjun dari puncak itu sampai ke medula oblongata aku & telah melembapkan otak aku berfikir seketika. Puas tak puas, lepas dh nk kecut berendam barulah perjalanan pulang diteruskan seperti dalam rencana. Masih sempat lagi singgah utk pekena kepok lekor sat sejurus kembali ke bumi terengganu sblm meneruskn perjalanan pulang ke kuala. Disebabkn sblh malam tu ade agenda penting di kuala ganu, perjalanan pulang itu sangatlah lajunya sampai terbabas masuk jalan orang akibat salah tgk susur. Alhamdulillah, mujur tak ade ape2 yg buruk pn berlaku.

Final agenda utk hari ke-2 adelah makan malam bersama YB Lotfi di seberang takir (kalo btul la name tmpt tu) sambil mmbincangkan agenda bisnes juta2. Duduk dgn YB mane bley citer2 tepi longkang punye, LOW CLASS!!.. pekena seafood segar mmg lain rasenye apetah lagi hidangan ditaja oleh syarikat YB sendiri, ngeh! ngeh! ngeh! Badan pn dh rase sengal2, otak pn dh melayang mane2 pegi, petanda jelas utk mengakhirkn kembara remaja ranggi utk hari ke-2. So, selesai makan smbil melayan Bintang Popular kt tv, beransurlah sudah ke destinasi masing2 utk hibernasi. Apepun sempat lg melayan kemunculan tiba2 usop wilcha kt tv mlm tu utk menyampaikan anugerah bintang popular kt tv, haha!.. popular betul dh org tua tu skang neh.. Sampai bertemu di hari ke-3!!!

Monday, April 18, 2011

Journey to the east... 1st day

Last 2 weeks aku, abg nash & maknang telah meninggalkn kesibukan kota & segala awek2 debu2 yg ade utk sesi kembara remaja ranggi di negeri sang penyu menangis. Semuanya bermula dari sesi borak2 telor slps latihan vokal yang mantap pd minggu sebelumnya. Kebetulan aku ade voucher penginapan percuma yg perlu digunakan sebelum luput tarikh & dgn byk mase terluang kt ofis tgh2 xde job neh, bercuti adelah satu pilihan yg agak menarik jugak. Lepas kompem je cuti masing2, dgn otak yang lapang & hati yang terkinja2  kegirangan, ekspedisi mencari gewe pn bermula pada tanggal sabtu, sehari lps april fool yg lalu.

Well, roadtrip sblm ni ke melaka disertai aku, maknang & labu sebelum disertai aboy yg menyambut kami di sana. Sejajar dgn pertukaran status labu dari single kpd trouble couple, maka tersingkirlah beliau secara automatik & kemasukan abg nash mencukupkn korum kembali. Percubaan mengajak geng2 yg lain juga kurang berhasil terutama sbb masing2 berbual kasut susah nk apply cuti last2 minute mcm kitorg, huhu! So, dgn bertiga ni le kitorg memulakn perjalanan merantau ke pantai timur dgn misi utama utk melihat2 awek cun tempat org setelah kali terakhir aku smpai ke kuala terengganu ini adelah kira2 2 tahun yg lalu. Pastinya itu satu masa yang panjang & mcm2 perubahan boleh terjadi dlm tempoh itu.

Gerak dari pasir gudang kira2 jam 10pagi & perjalanan ke timur melalui jalan mersing-kuantan. Cuaca cukup cerah mengenepikan persoalan adekah banjir sedang melanda pantai timur kerana perkhabaran kuala terengganu ditenggelami air agak menghantui perancangan dari seminggu yang lalu. Alhamdulillah, jalan pn agak lengang dengan hanya sesekali usaha gigih diperlukan utk memintas kenderaan berat dan lembap di hadapan. Singgah bersantap tengahari itu di kuala rompin, abg nash mengesahkn ketibaan kami ke bumi pahang dgn mencuba menu ikan patin yg mujurlah tidak semahal kedai lain namun ttp lebih mahal dr nasi ayam yg aku & maknang order, huhuhu!

Destinasi pertama adelah club med Cherating Tanjung lumpur, pekena kopok lekor celup tepung & satar. Ade yg kate kepok camtu x besh sbb x byk ikan tp selera kita masing2, kan.. agenda minum petang sblm menyambung perjalanan ke kuala terengganu itu disambut oleh saudara bureng yg telah menjadi seorang encik pensyarah di kuantan. Nostalgia almost 3 years ago, road trip to kemamang dgn cip ady yg telah mmperkenalkn aku ke tmpt ni. Mujur gk x sesat dlm pencarian ke-2 cuma ade sket kompius je aa dh smpai kt tanjung lumpur tu sbb tgk cam ade 3-4 kedai tepi jalan. Seingat aku dulu, satu kedai ni je aa yg ramai org dtg & ngam2 aku smpai kedai tu ade bdk accident langgar lori kt seberang jalan. Pengsan terus & dihantar ke hospital dan aku x tau ape kesudahan slps itu. 

Singgah ke kota kemaman melepak dgn ahmad bijan peminat kumpulan slam kt kuala pekena satar (kepok lekor kemaman dh abes) & burak2 telor lg sementara tunggu maghrib. Lps smbahyang kt masjid kpg geliga, perjalanan ke kuala terengganu diteruskn dgn merentasi rantau petronas, kerteh & dungun. Tengok lampu2 kt kerteh tu teringat trip bwk puan ija balik kampung few weeks lps road trip to kemamang dgn cip ady back at early 2008. Mase tu jalan tgh renovation so kalo nk compare dgn skang kire hebat aa jln kt terengganu neh. Ingat nk gk amik shot kt situ tp sbb memikirkn perjalanan masih jauh lg, mungkin next time je aa amik shot. Kalo nk tgk gk gambo lampu2 mlm kt loji kerteh, kena suh abg nash upload aa gambo2 yg dia amik guna hp time tuh.. apa daa, org suh pakai camera aku dia snap guna hp jek.

Sampai kuala terengganu dh lps kul 10mlm, nk pusing2 dulu pn badan dh lepak hampir seharian brjalan so terus check in kt pnginapan 4bintang terbaek dari ladang ditaja oleh Tuan Kama dr JPA3. Alhamdulillah, selamat dh smpai ke destinasi yg hendak dituju. Diskus sket2 agenda utk esok & mmbuta agak awal sbb sok pagi2 dh nk jalan jauh lagi. Ke mana destinasi seterusnya? hmm, tunggulah cerita hari ke-2 ye.. (^_^)