Click for supporting the blog, thanks..


Monday, November 22, 2010

Terhenti langkah ini...

Imaginasiku adalah harapan. Imaginasiku mmbentuk kejayaan. Imaginasiku telah mmbawa kepada aku hari ini. Bukanlah dgn hanya imaginasi akan tercapai semuanya. Namun dari situlah bermulanya sebuah mimpi yg kemudian kuciptakan laluan menuju satu matlamat kejayaan. Berpegang pd sebuah mimpi, aku jadi penuh dgn kekuatan utk berusaha & menongkah segala arus badai melanda. Bila saat2 hampir tewas, impian pada sebuah harapan utk melihat imaginasiku menjadi nyata mmbuat aku bangkit meneruskan sisa2 prjuangan utk menukar mimpi jadi realiti. Namun kini aku seolah2 hilang daya mmbentuk imaginasi utk mencari kejayaan ini. Rasanya sudah terlalu lama sejak kali terakhir aku menggenggam sebuah imaginasi & menongkah hidup ini demi merealisasikn mimpi indah itu. 

Sedari kecil umurku, aku melihat jauh ke hadapan. Mmbayangkan kejayaan demi kejayaan yg dtg dlm laluan hidup, aku berusaha utk memastikn aku mampu menggapainya. Tidak pernah aku brkongsi imaginasi itu hatta dgn siapapun, namun aku sendiri tahu perasaan gembiranya bila ia menjadi nyata. Andai kegagalan menjelma, tiada apa utk ku kesalkn kerana aku tidak pernah berjanji pd siapa2 pun yg itu akan berjaya. Semakin meningkat usia, imaginasi ini masih menjadi tunjang kekuatan aku seharian dlm meneruskn usaha menuju puncak kejayaan. Dari menjadi pengawas sekolah, ketua pengawas (yg gila kuasa), pelajar terbaik (sekolah rendah bley aa..), belajar di asrama, pandai main bola (boleh laa..), jadi ketua dorm (yg kacak brgaya), cemerlang dlm pelajaran (subjek yg aku minat je aa), melangkah ke universiti, hidup brdikari, menjadi seorang jurutera... semua2 ni aku pernah impikan sebelum aku benar2 berada di tempat itu. 

Namun kini ia seolah2 telah terhenti. Kadang2 cuba gak mencari2 di sudut imaginasi sesuatu yg boleh menjadi inspirasi namun selalunya ia tak pergi jauh. Aduh.. adekah ini pengakhiran sebuah cerita. Meneruskan sisa2 hidup sebelum dijemputNya kembali, adekah aku akan terus begini? Kalau dipanjangkn usia, 30thn lg tanpa imaginasi rasenye seperti aku dh lame mati. Hmm.. atau telah tiba masa utk menukar chapter seterusnya dgn melakar cerita2 baru?.. Aku dh hilang inspirasi utk terus mengimpikan kejayaan. Mungkin silapnya kerana melihat apa yg telah aku nikmati hari ini adalah satu kejayaan besar sehingga aku lupa utk terus meneroka. 

Betul, aku bersyukur atas semua nikmat yg dikurniaNya namun aku rasa perlu utk aku hidupkan kembali sedikit perasaan haloba sbg manusia yg x pernah puas utk mmbolehkn aku terus meneroka. Tapi seriously aku dh xde naluri seorang pemburu yg dahagakn kejayaan. Aku sekadar menikmati hari2 indah yg dtg & kdg kala menikmati saat2 istimewa yg hadir tanpa diundang. Hidup mcm ni mmg lebih tenang tanpa persaingan & anasir2 jahat yg menggoda, namun sesekali terasa ingin punya inspirasi utk melakukan sesuatu yg sebenarnya aku mampu. 

Hmmm.. atau sememangnya kisah aku telah tiba ke penghujung & aku patut mulakan dgn kisah KAMI. Tapi kalau nk ade kisah, kena la ade KAMI dulu.. Kalo nk ade KAMI, kena la ade AKU & DIA. Utk adenya AKU & DIA.. (tetiba trtunduk layu..), ntahlaa.. tunggu ajela kjap ye, doa2 kn le yg trbaik utk KAMI... InsyaAllah, aminnnnnnnnnn...

No comments: