Click for supporting the blog, thanks..


Wednesday, November 24, 2010

A Day to remember...

23 November 2010, 2323 hrs... 
aku memulakan coretan setelah melalui HARI INI yg ku kira sangat indah. Tidaklah seindah raja sehari ataupun menimang cahaya mata, hatta mndapat kereta baru juga rasenye lebih indah dr HARI INI. Namun, trpulanglah pd penilaian masing2 kerna bg aku ia sangat indah. 

Pagi HARI INI dimulakan dgn menerima beberapa SMS ucapan dr no tlepon yg aku x tau (sbb x save lg, sowwy..) then mak juga mengucapkn selamat sblm aku melangkah keluar bekerja. Actually, HARI INI juga adelah hari brtuah utk mak & abah kerana ia adelah anniversary perkahwinan mereka yg berlangsung genap setahun sblm aku muncul di dunia ini. So, tahniah utk my mum & dad kerana tabah mngharungi badai rumahtangga selama ini demi mmbesarkn kami 6 adik beradik yg brmacam karenah. Terima kasih atas semuanya.

Well, brbalik pd tajuk citer, aku masuk ofis HARI INI cam biase aa email keje tiap2 pagi mmg announce besday sape tiap2 hari so telah diketahuilah hampir sekalian rakan sekerja yg HARI INI adelah giliran aku. Maka brderet2 la ucapan yg ku terima trmasuk dgn ayat2 power demi mengepow aku d HARI INI yg indah. Padahal aku dh sangap nk tunggu gaji 2 hari lg neh.. Secara x rasmi, pngumuman dlm email itu juga telah menyedarkn big boss akn hari apekah sbenarnye HARI INI maka aku & geng dpt mkn free d sblh petangnye.. huhuhu! yg bestnya aku buleh pilih nk mkn ape namun tiada bajet plak utk domino's pizza.. wooo.. xde hal laa, janji mkn free kire alhamdulillah je la..

Kewujudan fesbuk juga byk mmbantu menambahkn betapa bestnya HARI INI. Ucapan dr teman2 yg menyedari atau disedarkn tentang HARI INI dtg bagai tsunami melanda sejak dr pagi hingga la ni x abes2 lg.. Alhamdulillah, aku gembira punya teman2 seperti kalian.. hanya ucapan terima kasih mengiringi doa kalian utk aku smpena HARI INI.. mudah2an tuhan merahmati hidup kalian seluruhnya, insyaAllah... 

Hmm.. obviously tema utk ucapan HARI INI adelah tentang aku yg masih begini. Dush!!.. terasa cam setiap ucapan tu dtg tepat kt muke sndiri namun andai di kira itu semua adalah doa dr teman2, aku rase insyaAllah x lame lg doa kite akan dimakbulkn Dia.. Mcm2 bentuk nasihat, bebelan, pndapat, cadangan, pncalonan (ade ke?) yg diberi dan aku hanya brdiam menerima semuanya. Maka di sini aku ingin mmberitahu pada kalian yg aku berterima kasih utk semua dr kalian itu. InsyaAllah kalau betul niatku, andai benar2 ikhlas ikhtiarku, Allah merestui jalanku, maka akan termakbullah doa dari teman2 serta ibu ayah yg aku rase tiap2 hari doa utk aku, huhuhu!

Well, sbb xde org nk bg hadiah kt aku maka aku dgn selamba & konfiden telah menghadiahkn utk diri aku sendiri sebuah henpon baru yg ikut gk le trend semasa. Abes, dh sume org pakai main sentuh2 skrin, xkn aku nk terus2 dgn henpon yg nk terima mms pn x bley.. smpai la ni aku x abes explore lg ape ade dlm henpon tu, janji aku dh tau mane nk cari butang call & jwb call udah le.. terima kasihla pd diri sndiri sbb bg hadiah yg x seberapa tu, okla dlm keadaan gawat2 neh.. 

Secara keseluruhan, aku rase cam ade kt alam lain arini.. perasaan best yg sukar utk dijelaskn, keterharuan dgn ucapan yg dtg brtalu2 dr kengkawan.. serious, aku rase kalo mawi nk tuka hari ni dgn aku pn aku x nk.. korang mmg best thp naga. Cuma... cumanya.. cuma aku sedikit terkilan kerana sehingga cerita ini ditulis smpai perenggan ini (2359hrs), aku masih belum menerima walau sebaris ucapan pn dari pencuri no.1 (tiru citer Lagenda Budak Setan)... Hei, jgn kalian menilai yg negatif, aku sndiri tak pasti ape yg brlaku namun aku masih brharap esok mentari pagi akan terus menyinarkan hari2 indahku...

TERIMA KASIH TUHAN UNTUK SEBUAH HARI INI YANG SUKAR DITANDINGI ESOK...

Monday, November 22, 2010

Terhenti langkah ini...

Imaginasiku adalah harapan. Imaginasiku mmbentuk kejayaan. Imaginasiku telah mmbawa kepada aku hari ini. Bukanlah dgn hanya imaginasi akan tercapai semuanya. Namun dari situlah bermulanya sebuah mimpi yg kemudian kuciptakan laluan menuju satu matlamat kejayaan. Berpegang pd sebuah mimpi, aku jadi penuh dgn kekuatan utk berusaha & menongkah segala arus badai melanda. Bila saat2 hampir tewas, impian pada sebuah harapan utk melihat imaginasiku menjadi nyata mmbuat aku bangkit meneruskan sisa2 prjuangan utk menukar mimpi jadi realiti. Namun kini aku seolah2 hilang daya mmbentuk imaginasi utk mencari kejayaan ini. Rasanya sudah terlalu lama sejak kali terakhir aku menggenggam sebuah imaginasi & menongkah hidup ini demi merealisasikn mimpi indah itu. 

Sedari kecil umurku, aku melihat jauh ke hadapan. Mmbayangkan kejayaan demi kejayaan yg dtg dlm laluan hidup, aku berusaha utk memastikn aku mampu menggapainya. Tidak pernah aku brkongsi imaginasi itu hatta dgn siapapun, namun aku sendiri tahu perasaan gembiranya bila ia menjadi nyata. Andai kegagalan menjelma, tiada apa utk ku kesalkn kerana aku tidak pernah berjanji pd siapa2 pun yg itu akan berjaya. Semakin meningkat usia, imaginasi ini masih menjadi tunjang kekuatan aku seharian dlm meneruskn usaha menuju puncak kejayaan. Dari menjadi pengawas sekolah, ketua pengawas (yg gila kuasa), pelajar terbaik (sekolah rendah bley aa..), belajar di asrama, pandai main bola (boleh laa..), jadi ketua dorm (yg kacak brgaya), cemerlang dlm pelajaran (subjek yg aku minat je aa), melangkah ke universiti, hidup brdikari, menjadi seorang jurutera... semua2 ni aku pernah impikan sebelum aku benar2 berada di tempat itu. 

Namun kini ia seolah2 telah terhenti. Kadang2 cuba gak mencari2 di sudut imaginasi sesuatu yg boleh menjadi inspirasi namun selalunya ia tak pergi jauh. Aduh.. adekah ini pengakhiran sebuah cerita. Meneruskan sisa2 hidup sebelum dijemputNya kembali, adekah aku akan terus begini? Kalau dipanjangkn usia, 30thn lg tanpa imaginasi rasenye seperti aku dh lame mati. Hmm.. atau telah tiba masa utk menukar chapter seterusnya dgn melakar cerita2 baru?.. Aku dh hilang inspirasi utk terus mengimpikan kejayaan. Mungkin silapnya kerana melihat apa yg telah aku nikmati hari ini adalah satu kejayaan besar sehingga aku lupa utk terus meneroka. 

Betul, aku bersyukur atas semua nikmat yg dikurniaNya namun aku rasa perlu utk aku hidupkan kembali sedikit perasaan haloba sbg manusia yg x pernah puas utk mmbolehkn aku terus meneroka. Tapi seriously aku dh xde naluri seorang pemburu yg dahagakn kejayaan. Aku sekadar menikmati hari2 indah yg dtg & kdg kala menikmati saat2 istimewa yg hadir tanpa diundang. Hidup mcm ni mmg lebih tenang tanpa persaingan & anasir2 jahat yg menggoda, namun sesekali terasa ingin punya inspirasi utk melakukan sesuatu yg sebenarnya aku mampu. 

Hmmm.. atau sememangnya kisah aku telah tiba ke penghujung & aku patut mulakan dgn kisah KAMI. Tapi kalau nk ade kisah, kena la ade KAMI dulu.. Kalo nk ade KAMI, kena la ade AKU & DIA. Utk adenya AKU & DIA.. (tetiba trtunduk layu..), ntahlaa.. tunggu ajela kjap ye, doa2 kn le yg trbaik utk KAMI... InsyaAllah, aminnnnnnnnnn...

Saturday, November 20, 2010

Metafora jiwa luka

Terlalu lama sejak kali terakhir aku menulis. Bukan tiada apa yg hendak dicoretkn namun lebih senang memilih utk diam & ikut perjalanan dunia. Hampir2 dihanyut, aku cuba utk menongkat dasar & bangkit kembali menongkah arus. Berada dalam mod hibernasi bukanlah sesuatu yg baik bagi aku namun satu demi satu cerita sedih buat aku lalai & sengaja membiarkn diri hanyut.

Tajuk di atas telah jelas mencerminkan ceritanya. Dugaan datang menggila dlm segala rupa bentuk aku harungi dgn selamba namun hal yg satu ini senantiasa berjaya mmbuat aku hilang segala punca. Memang benar pepatah lama, itulah racun itulah penawar. Aku yg memang sedari dulu lemah dlm hal2 begini tunduk kembali bila diuji. Arrgghhh!!!.. Teruk betul rase hidup ni kalo berterusan begini. Namun ia jauh lebih baik dr memilih utk berhenti. Tidak.. ini bukanlah pengakhiran kepada sebuah cerita. Ia hanyalah permulaan yg penuh dgn rintangan segala onak duri.. aku masih percaya ada sinar utk sebuah cerita bahagia di hujung sana.

Tak pernah putus dalam doaku, dipohon agar aku sentiasa tabah dgn ujianNya. Andai perancanganku mendapat keredhaanNya, ku mohon dipermudahkn perjalanan ini. Andai ia sebaliknya, jgnlah ia menjadikan aku lupa hakikat siapa aku yg sebenarnya. Cukuplah smpai di sini utk kali ini. InsyaAllah aku akan kembali menulis dgn lebih agresif selepas ini..