Click for supporting the blog, thanks..


Tuesday, September 14, 2010

Menang....gung...

Sempena Ramadhan ini, aku nk berkongsi cerita dgn kalian semua. mudah2an ade tauladan yg dapat diambil dr kisah ini utk pedoman hidup kita seharian. Kisah ni aku pernah bace suatu mase dulu, dikatakan adelah satu kisah benar yg sgt menyentuh hati. Aku pun tak pasti sejauh mane kebenaran cerita ini, namun sekadar berkongsi tauladan darinya.

Kisah bermula selepas seorang askar pulang dari medan tempur. Tidak dapat dipastikan mereka menang atau tewas dalam peperangan itu namun utk mendapat berita yg dia dibenarkan pulang pastinya sesuatu yang sangat menggembirakan. Dari kem tentera, dia menghubungi keluarga untuk menyampaikan berita tentang kepulangannya ke kampung halaman tidak lama lagi melalui panggilan telefon. 

Ibu, aku telah kembali dari medan perang
Syukurlah nak, bila kau akan kembali ke kampung?
Andai tiada apa2, minggu hadapan ayah boleh datang menjemputku di sini
Baiklah, akan ibu khabarkan pada ayahmu tentang berita kepulanganmu ini..
saya tidak pulang sendirian ibu, saya akan mmbawa bersama seorang teman
siapakah temanmu itu anakku?
teman dari medan perang, seseorang yang sangat akrab denganku
bawalah dia bersama, anakku.. ibu akan sediakan juga tempat untuknya..
tapi ibu, temanku telah hilang sebelah tangannya dan kedua2 kakinya dari peperangan.. aku sangat kasihan padanya, lantas mengambil keputusan utk mengajak dia tinggal bersamaku
Anakku, adakah dia tak punya keluarga utk menjaga dirinya?
Ada ibu, namun dia tak pasti kalau2 keluarganya sanggup menanggung dirinya yg sedemikian rupa..
Aku berkeputusan utk menjaganya kerana dia berkorban dirinya utk menyelamatkan aku dan rakan2. Aku yakin ibu dan ayah pasti akan membantuku menguruskan dirinya.

(si ibu melepaskn satu keluhan yg panjang..)
Anakkku, ibu mengerti rasa terhutangmu itu namun mengapa perlu kau utk menjaganya? Dia punya keluarga, biarlah mereka yg menjaganya. Kau perlu fikir jauh dalam hal2 begini.. ibu pn tidak pasti ibu berkesanggupan untuk membantumu menjaga dirinya. Andai kau kasihan, tidak perlulah sehingga menyusahkan dirimu sedemikian. Andai kau rase terhutang, cukuplah dengan menjenguk dan membantunya sekali2 bila diperlukan. Apa yg kau cuba lakukan ini bukan tugas yg mudah. Mengapa perlu menggalas beban bila mana kau boleh saja membiarkan orang lain yang memikulnya. Sudahlah, lupakan temanmu itu dan pulanglah pada keluargamu.. kami tak sabar utk melalui saat2 gembira dgn kepulanganmu..
Baiklah ibu, aku mengerti.. terima kasih kerana mengingatkanku semua ini..

Talian diputuskan dan si ibu mengkhabarkn berita gembira pada sang ayah. Terasa terlalu lama utk menunggu ke minggu hadapan, segala persiapan menyambut kepulangan anakanda telah dirancangkan. Tiba2 pada keesokan harinya mereka mendapat satu panggilan yg sgt mengejutkan..

Kami dari pihak tentera dgn dukacitanya memaklumkan bahawa anakanda kalian berdua telah pergi meninggalkn dunia ini buat selamaya pada malam tadi. Punca kematian adalah dipercayai terjatuh dari ketinggian bangunan 5 tingkat & pihak kami tidak mengesyaki sebarang penglibatan pihak ketiga kerana bersama dirinya didapati sekeping nota utk tuan & puan. Pihak kami akan menguruskan penghantaran mayat beliau ke rumah sebelum hari ini berakhir.

Sejurus mendapat berita tersebut, bercucuranlah air mata si ibu. Dia masih tidak dapat memahami apa yg brlaku sehingga menjurus kepada pemergian anaknya itu. Sebenarnya dia sudah lama bersedia utk menerima  berita sebegitu sejak anaknya menyertai tentera & dihantar ke medan perang, justeru ia tidaklah meraung2 kesedihan cuma keliru dgn apa yg brlaku. Mengingati kembali prbualan terakhir dia & anaknya pada hari sebelum, dia memikirkan yg si anak mungkin malu kerana tidak diizinkn menjaga kawannya lantas mngambil keputusan sedemikian, sedang dia tidak tahu apa yg trsedia utknya..

Petang hari menjelma, mayat anaknya telah pn tiba dari pangkalan. Dengan penuh rasa sebak, dibuka keranda si anak hanya utk si ibu melihat sekujur tubuh anaknya tanpa tangan & sepasang kaki. Makin kuatlah raungan si ibu kerana kini dia baru memahami apa yg brlaku sebenarnya. Lantas si ayah membuka sekeping nota yg ditinggalkn si anak utk dia & si ibu.

Buat ibu & ayah,
ku mohon maaf kerana mengambil keputusan ini.
Tidak ku tahu bagaimana ingin ku sampaikn berita sedih keadaan diriku pd kalian yg telah banyak berkorban utk ku..
Aku juga tidak mahu menjadi beban dlm hidup kalian hanya utk menjaga diriku
Aku tidak mahu melihat kalian kesedihan tiap hari dgn keadaan diriku
Apatah lagi menyusahkn kalian utk mmberi perhatian padaku
Cukuplah dgn apa yg brlaku, terima kasih utk kasih sayang mmbesarkn ku
Ku mahu kalian mengingatiku sbg anak yg kalian banggakan & bkn seorg yg kasihan
Maafkn aku kerna pergi dahulu..

hmm.. kdg2 mcm ni la kita.. mudah utk brsimpati atas sesuatu yg menimpa seseorang namun sekadar itu jelah. Jauh sekali utk mmbantu apatah lagi mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Sesungguhnya menjadi pemerhati itu mmg sgt mudah brbanding menjadi pelaku, namun harus diingat, andai jd pd diri sndiri jgn dimarah org yg sekadar memerhati kerna kita turut sama memupuk sikap sebegini dlm masyarakat. sama2lah kita renungkan ye..